Surah surah amalan semasa mengandung


Nak share surah surah amalan semasa mengandung tapi yang ni semua orang boleh google kan. So nak share macam mana I tanda Quran I sebab I ni malas nak belek belek hp, nak scroll lagi. Malas. Baik pegang Quran yang betul, senang nak selak selak.

Untuk surah, I tanda pakai warna purple.

Tulis nama surah, berapa ayat and berapa muka surat.

Macam surah Maryam ni, ada 98 ayat, 7+ pages. Senang nak bajet masa, tahu dia panjang mana.

Surah-surah yang I amalkan:
1. Surah Maryam, 98 ayat, 7+ pages - Mudahkan bersalin
2. Surah At-Taubah, 129 ayat, 21 pages - Bersihkan hati & jiwa
3. Surah Yusuf, 111 ayat, 14 pages - Anak cantik rupa paras & akhlak
4. Surah Luqman, 34 ayat, 4 pages - Anak yang cerdik
5. Surah Yaasin, 83 ayat, 6 pages - Ketenangan hati
6. Surah al- Hujurat, 18 ayat, 2+ pages - Untuk banyakkan susu
7. Surah Ar-Rahman ayat 1-78

Tapi tak ada lah baca setiap hari, panjang sangat kan. Baca satu surah sehari je biasanya. Kadang kadang kalau tak sempat, masa dekat office tu bukak youtube surah surah ni lepastu dengar je lah sementara buat kerja.

Tapi surah Maryam I baca banyak sikit sebab takut nak bersalin, jadi baca lebih hehe



Untuk ayat-ayat pilihan pulak, I guna penanda warna pink lepastu highlight ayat tu, sambil tanda dekat maksud dia sekali.

Yang ni surah Ibrahim, ayat 40-41

Antara ayat-ayat yang I amalkan: 
(ikut turutan dalam Quran)

1. Al-Baqarah, ayat 128
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani"

2. Ali Imran, ayat 8-9
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya."


3. Ali Imran, ayat 35-36
(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)"

4. Ali Imran, ayat 38
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".

5. Ali Imran, ayat 192-194
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;

Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

6. Al-A'raf, ayat 189
Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):" Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur".

7. Ibrahim, ayat 40-41
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

8. An-Nahl, ayat 78
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

9. Al-Mukminum, ayat 12-14
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;

Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

10. Al-Furqan, ayat 74
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

11. Surah As-Sajadah, ayat 7-9
Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.


Okay tu je ayat yang I amalkan + doa nabi yunus (al-Anbiya' ayat 87 tapi half je)


Untuk penanda tu, I beli dekat kedai buku macam MPH ke Popular ke, ada je jual.



Jadilah Quran ku macam ni. Sampai labour room pun bawak masuk sebab senang nak baca, belek belek je mana yang nak.

Semoga membantu and selamat bersalin bagi yang tengah mengandung tu :)




2 comments

  1. Thankyou so much iman for the info. Semoga i dpt rezeki lahirkan anak yg sihat and comel macam maysaa

    ReplyDelete
  2. bestnye kak iman buat mcm ni, semoga dipermudahkan segaka urusan dunia akhirat 😙

    ReplyDelete