Supplements & pemakanan semasa mengandung

Sebab dekat instagram, ramai sangat orang tanya I makan apa masa pregnant, I amalkan apa masa pregnant sebab Maysaa camtu ha keluar, entah la takde yang specific pun, semua bebiasa je sebab I kan pemalassss hahaha

All my supplements. Eh tapi takdelah makan semua sekali gus ok.





First trimester

Supplements:
Folic acid sahaja

Folic acid yang ni, doctor yang bagi. Tapi tu lah, ada banyak je lebih lagi ni. Folic Acid ni elok juga makan untuk perempuan yang tengah berusaha untuk dapatkan baby. Orang kata, 3 bulan sebelum kahwin dah elok dah makan folic acid ni.

Yang ni iberet folic. Macam folic acid tapi ada extra benda lain sekali. Yang ni kakak ipar yang bagi. Ada extra Iron untuk elakkan HB rendah. Eloknya makan waktu pagi masa perut kosong.

But for me, time first trimester ni forever perut kosong sebab asyik muntah je. So I prefer makan sebelum tidur. Lepas makan je terus tidur. Barulah tak muntah.

Makanan yang makan:
Susu dutch lady full cream makan dgn cornflakes (Paling suka petak petak & cornflakes madu)
Air ribena sebab dia masam so boleh elakkan mabuk
Asam asam

Ni cerita first trimester: FIRST TRIMESTER
Ni kalau nak baca benda benda penting masa first trimester: MY FIRST TRIMESTER ESSENTIALS

Susu untuk orang pregnant tu memang tak laaaa nak minum. Awal awal pregnant je gigih pergi survey nak kena minum apa tapi bila try tester, semua tak sedap laaaaaaangsung! So takpelah minum dutch lady full cream je tu pun muntah gak lepas minum. Masuk second trimester baru okay.

Makanan yang elak:
Nenas & air gas. Nenas ni walaupun doctors cakap takde bukti saintifik pun boleh bagi kesan dekat kandungan, tapi saja je lah elak sebab risau. Air gas tak minum sebab takut berangin.


Second trimester
Obimin, calcium, vitamin C, Neurogain

Yang ni doctor dekat klinik bagi masa second trimester. Atas tu Triple C vitamin (tapi jarang sangat makan, ada la kot sekali dua), yang hitam tu Obimin. Besar gila k Obimin tu, payah betul nak telan.

Masa second trimester ni dah tak perlu makan Folic Acid dah. Upgrade kepada Obimin pulak.

 Yang ni doctor dekat Ampang Puteri prescribe. Caltrate tu pil calcium, ada 600mg. Perempuan mengandung kena at least 1200-1400mg so yang lain tu dapat daripada makanan (eg susu). NeuroGainPB tu untuk perkembangan otak & IQ baby.

Vitamin C ni consume sendiri, lepas dapat approval doctor. Yang Scott's tu saja mengada beli sebab sedap main kunyah kunyah je hahaha. Tapi sebenarnya badan kita tak perlu pun Vitamin C ni banyak banyak.


Yang ni, try makan sekali pastu muntah pastu tak makan dah hahaha. Ni multivitamin untuk kekal cergas sepanjang hari la kononnya. Harapan. Dah la tak sedap!!!! Muntah pulak tuuu!! Jangan harap nak makan dah!!! #EmoTetiba

Third trimester
Masa third trimester ni makan yang sama je macam second trimester. Obimin, calcium, neurogainPB.

Tapi selalu skip jugak ni. Bayangkan Caltrate tu ada 60 tablets untuk 2 bulan la patutnya. I start makan since 5 bulan pregnant. Sampai bersalin pun ada lebih lagi tu. Tak habis habis makan hahaha


Yang ni kakak ipar bagi, tapi tu lah makan sebiji ke dua biji je pastu lupa...

Olive oil & habatussada'. Yang ni mak mertua bagi. Katanya kena makan everyday. Tapi..... Selalu jugak lupa nak makan...

Konon konon beli bekas ni, rajin la sikit makan ubat. Tapi malas jugak..


Makanan yang I makan:
Nestum
Kismis + kacang, kejap je angan angan mat jenin
Buah grapes & oranges

Makanan sunah: Kurma je. Telan olive oil malas (sekali dua je), telan madu malas, telan extra virgin coconut oil malas, habatussaida pun malas, pati delima pun malas, semua lah malas. Padahal semua ni elok tapi ya tuhan malas nyaaaa. Tapi rajin makan dried apricot, tu makan sebungkus sorang pun takdehal sebab sedap. Okay next time pregnant, I try amalkan :P

Tapi sepanjang pregnant, I memang tak minum kopi sebab memang tak suka. Tapi suka sangat minum coke. Everyday coke! Takpun Slurpee. Apa apa yang berais dan bergas. #JanganIkut


Basically, I just makan supplements yang doctor bagi. Makanan pun, redah je makan semua. Durian pun makan, maggi pun makan, air bergas pun minum. Depends on badan masing masing kot.

Sekian.

Thanks for reading!

14 comments

  1. Iman nak tanya. Prenatal check up buat dekat klinik swasta ke? Klinik yg sama or lain²? Tq ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal awal checkup buat dekat klinik swasta. Second trimester baru start monthly checkup dekat hospital yang nak bersalin.

      Delete
  2. Wau, byknya supplement you makan! Tu iberet I x blh makan, makan je muntah, huhu... last last mkn 4 biji pil kecik je...

    ReplyDelete
  3. Wah banyak nya supplements. Congratulation on your pregnancy.
    www.unlimitedbeautysecret.com

    ReplyDelete
  4. Thanks for the sharing, i know that Folic acid is very important vitamin during pregnancy.

    ReplyDelete
  5. Ai plak yang sibuk baca sampai habis. Boleh la dijadikan panduan di masa akan datang kan? Hehe

    ReplyDelete
  6. Pregnant need to eat supplements too? Thanks for sharing with us.

    ReplyDelete
  7. thanks so much for the post! now i can share with my friends who are pregnant to take this supplement. very helpful!

    ReplyDelete
  8. Waa bagusnya banyak juga supplements awak ambil. Yaya masa awal2 makan ubat KK je tapi HB tak cantik so Yaya makan Iberet Folic je sampai habis trimester :)

    ReplyDelete
  9. good vitamins for pregnancy. happy for you

    ReplyDelete
  10. neurogain tu makan masa kandungan umur berapa

    ReplyDelete
  11. Durian pun i pernah je makan time pregannt.. but i think as long as not too much okay je..

    ReplyDelete
  12. Banyaknya~ I ambil calcium and neurogain je, during pregnant..

    ReplyDelete
  13. Wow thats a lot of vitamins and supplements. I should be ready if I want to get pregnant. Anything for my future baby :)

    ReplyDelete