Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Q&A #1: Study problems

Dulu I rajin lah jugak layan ask fm, sekarang dah kurang sikit tapi I'll try to answer okay? Sayat.me pun aduhaaaai, banyak lagi tak menjawab sebab soalan banyak repeat. Soon!

Tapi ada satu soalan dekat ask fm yang rasa macam nak huraikan.








Masalah dia, tengah buat engineering tapi takut result teruk/tak power and kecewakan parents. Tapi dalam masa yang sama, tak tahu jugak nak tukar course apa kalau tak buat engineering.

Takut result teruk/tak power
First of all, semua orang takut dengan result teruk. Semua orang takut result tak power. But you know what, baru first year buat degree. Semua orang tengah cuba nak adapt lagi. For me, try dulu. kalau next sem, dah study gila gila pun result still teruk, baru fikir balik. Ni pun, result tak keluar lagi kan?

Setakat repeat, tak pelik pun repeat subject. Biasalah repeat tu, tapi jangan lah jadikan kebiasaan. Struggle gila gila untuk next semester pulak.

Makin lama belajar, makin susah
Honestly for me, dia bukan jadi makin susah. Sebab setiap semester belajar benda lain. Dia bukan macam sekolah, harini belajar tambah tolak nombor sampai 10, esok belajar sampai 100. Tak. Kalau ada kaitan subjek pun, dia tak makin susah.

Sebab tu kadang kadang, subject 4th pun, 1st year boleh je ambil. Basic dia masa zaman asasi dan 1st year. Tak percaya, pergi ambil course outline, tengok list subject. Certain subject memang ada perkaitan, tapi basic dia boleh belajar sendiri. Asalkan rajin. Keyword: RAJIN.

Takut kecewakan parents
Yang ni, depends lah on parents. Tak boleh comment.

Patut tak tukar course?
For me, sebab dia kata "Saya boleh continue engineering, takut takut result.." tu maksudnya still yakin dengan diri sendiri. Kalau yakin, go on. Struggle hard. Tak ada benda senang dalam dunia ni. Lain lah kalau boleh jamin, tukar course ni confirm result power. Tak boleh jamin, kan?

"Nothing worth having comes easily"

Belajar ni memang susah. Degree memang susah. Tak cukup tidur, menangis siang malam sebab stress, rasa depression, rasa nak guling guling atas paku besi, normal. Kalau senang, semua orang boleh buat, kan? Tapi, percaya dengan kemampuan diri sendiri.

Tapi kalau result teruk sangat, parents suruh tukar jugak, fikir lah baik baik. 

Buat solat istikharah. 
Kalau hati rasa tenang untuk teruskan, teruskan. Minta mak ayah doakan yang terbaik. Kalau hati rasa tenang untuk tukar course, tukar lah course.

Buat solat istikharah ni, bukan petanda datang dalam mimpi tau. Kadang kadang dia ikut hati kita tenang and cenderung untuk pilih yang mana. And bukan jugak untuk pilih jodoh tau! Kalau rasa susah sangat buat keputusan, istikharah.

Conclusion
Bila dah buat keputusan, jangan menyesal. Kalau tukar course lain, jangan menyesal "Kalau lah aku tak tukar course, mesti dah dapat degree engineering macam kawan kawan lain". Ataupun kalau stay dengan engineering, jangan menyesal, "Kalau la aku tukar course, mesti setiap semester dapat dean's list". Jangan menyesal. Nanti seumur hidup terseksa. Percaya dengan gerak hati sendiri.

Korang rasa, dia patut continue engineering atau tukar course lain? Help a sister out!



P/S: Rasa nak buat segment macam ni selalu lah dekat blog. Nanti I pilih soalan mana yang ada dekat ask fm or sayat.me, pastu I huraikan. #KalauRajin :P