Tips buat resume untuk fresh grad

Follow my blog with Bloglovin



Apa nak tulis dalam resume?


1. Personal details

For me, personal details yang penting dalam resume ni cuma phone number and email je. Alamat rumah, alamat IC, tarikh lahir ni semua macam tak ada kaitan. Kalau dah diterima kerja nanti baru lah kita bagi segala details yang perlu. Tapi ada juga yang letak alamat IC and alamat rumah sebab mana lah tahu dia IC Kedah, majikan pun orang Kedah, terus dia rasa "eh nak hire lah budak ni sebab duduk sekampung". Kalau alamat rumah, senang majikan nak tahu rumah dia dekat tak dengan office. Hire orang yang memang dah duduk dekat dengan office lagi senang, tak perlu redah traffic jam. So personal details ni suka hati lah nak letak apa. I letak number phone & email SAHAJA.

2. Academic Qualification

Letak nama institusi, lokasi, tahun bila, nama sijil, result / final CGPA. Untuk fresh grad, letak sampai result SPM cukup. Tak perlu letak PMR, UPSR. Tak perlu.

Contohnya:

International Islamic University Malaysia, Gombak (2012-2016)
Bachelor of Engineering (Electronics-Computer Information)
Final CGPA: 3.00/4.00

Letak sekali major courses yang korang score / dapat A (kalau perlu / ada kaitan dengan kerja), contohnya apply kerja Software Engineer,  letak lah major courses "Programming, Algorithm".

3. Work Experiences

Untuk fresh grad, biasa ada pengalaman internship je kan. Tulis lah nama company, tahun bila, and job scope / skills yang dapat. Kalau pernah buat part time pun tulis jugak, sekali dengan job scope / apa yang korang achieve masa buat part time tu.

4. Activities Involved

Senaraikan program yang korang pernah organize atau join. Jangan la attend talk pun nak tulis jugak. Tulis yang membanggakan lah, contohnya jadi biro kewangan, dapat kutip sponsor sampai RM100k. Maknanya skill PR korang bagus sampai boleh dapat banyak sponsor untuk program. Kadang kadang kalau aktif join sukan pun majikan suka, sebab boleh jadi wakil untuk company baru pulak. Atau korang suka main futsal, majikan korang pulak memang suka futsal, boleh lah dia ada geng baru. (Tapi tak releven sangat pun, rendah sangat probability dia)

5. Skills

Senarai semua skills yang power and ada kaitan dengan kerja. Technical skills, contohnya Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Adobe Photoshop. Soft skills, contohnya presentation skill, communication skill, negotiation skill. Jangan lupa masukkan languages yang korang terrer. Biasanya part skills ni orang buat dalam bentuk rating 3/5 ke 4/5 ke.

6. Academic Projects

Disebabkan fresh grad tak banyak pengalaman, ada pengalaman buat FYP atau apa apa projects lain, boleh listkan dekat part ni. Letaklah nama project, briefly pasal project dengan skills yang dapat dari buat project tu.

Contohnya:

Android Translation Apps - An android apps that helps user to translate into 20 different languages.

Skill: Android Studio


7. References

Elok letak dua orang lecturer yang memang kenal korang and boleh bagi positive feedback. 


Perlu ke letak gambar?

Letak gambar ke tak ni, terpulang kepada diri masing masing. Ada orang kata kena letak, supaya majikan boleh kenal dia macam mana, sesuai tak kerja. Tapi apa kaitan nak tengok muka? Lain lah kerja bidang yang memang kena tayang muka macam modelling atau receptionist. Skill je tak cukup ke? (Emo pulak hahaha)

So perlu ke tak, terpulang. Rasa nak letak, letak lah gambar formal. Jangan selfie atau background serabut, pakai baju tak formal. Kalau malas nak pergi tangkap gambar passport, makesure pakai baju cantik and formal, tangkap gambar dengan background warna putih. Gambar kena kemas.

Tips lain

1. Pastikan guna font yang senang nak baca, tak besar sangat tak kecik sangat dan tak berserabut. 

2. Untuk fresh grad, resume maximum 2 pages dah okay. Panjang sangat nanti penat pulak orang nak baca.

3. Buat dalam bentuk table atau bullet. Jangan buat essay meleret. Kesian orang nak baca, mengantuk dia. 

4. Save dalam bentuk pdf! Supaya format & alignment tak lari bila majikan download.

5. Template menarik. Sekarang ni ada banyak style resume, warna warni. Ada orang kata kalau bidang engineering, sains, yang serious serious ni resume jangan fancy sangat. Buat black and white je and macam normal resume tu. Sebab ada certain company, majikan dia orang lama lama, jiwa lama, dia nak benda yang dah biasa dalam hidup dia. Kalau orang muda, mestilah nak tengok resume berjiwa muda. Kalau bidang arts, takpe buat fancy fancy sikit, barulah nampak seni dia. For me, takpe buat yang fancy sikit kalau korang nak kerja dengan company yang fun, yang boleh terima resume fancy and bagi peluang untuk express diri sendiri. It's all up to you.

Ni ada contoh I buat resume warna peach guna microsoft publisher: My Peach Resume (tapi ni resume lama, dah outdated sikit)

6. Email address, make sure formal and jangan guna email yang sama link dengan social medias korang! (Unless social media korang macam facebook, twitter, instagram tu suci murni, takpe)

Beza resume dengan CV?

Resume cuma brief summary of your skills and experiences. CV (Curriculum Vitae) ni penerangan panjang lebar tentang kehidupan korang. Semua educations, accomplishments ada dalam CV.


Okay, ini je kot tips from me. All the best :)

2 comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. tips untuk interview

    ReplyDelete