Pantang 44 hari, 60 hari, 100 hari

Semua senarai pantang ikut hari ni ambil dari google, ada yang Ummi and Ummi mertua punya tips so I compilekan. Untuk rujukan je okay, nak ikut atau tak, terpulang. #YourBodyYourChoice

44 hari

1. Makanan berangin/kembung

2. Makanan sejuk takut sakit urat

3. Makanan bergoreng, santan, pedas -- Tapi kari & masak lemak sedap ok, mana boleh pantang santan!

4. Telur & seafood

Makanan ni memang banyak pantang larang dia. Nak senang ingat, I hafal yang boleh dimakan je.

So dalam pantang, makan ikan/ayam/daging (tapi ikan tak hafal so setiap kali sebelum makan, kena tanya dulu ikan tu boleh makan ke tak). Sayur yang boleh makan cuma carrot, brokoli, mushroom, potato SAHAJA. Yang lain sebab malas nak hafal, anggap je lah tak boleh. Buah yang boleh makan cuma oranges, grapes, apples. Buah buahan lain terutamanya buah buahan tempatan I assume semua tak boleh. Senang hidup.

Makanan yang I tak pantang: Dominos Pizza (tapi buang nenas), McD, Burger King, chocolates. Yang ni semua dua minggu lepas bersalin dah makan dah hehehehe

5. Tak boleh keluar rumah, tak boleh jejak tanah -- Keluar pergi checkup baby 30 hari (sebulan) & checkup mummy 6 minggu (42 hari).

6. Tungku, bengkung, berurut, mandi herba, pilis -- Ni buat on off, boleh tengok entri ni, My pantang melayu routine

7. Air sejuk, air gas, air kordial -- Cuma minum air suam, horlicks panas dengan milo panas je.

8. Ais -- Ni orang kata pantang sampai setahun. 

8. Tak boleh pakai seluar -- Yang ni taktahu lah kenapa kena pantang. Lagi selesa pakai seluar sebenarnya sebab tak reti ikat kain batik hahaha

9. Tak tidur waktu matahari naik & senja

10. Tidur kena berbantal

11. Pakai stokin -- Yang ni memang pakai sebab taktahu la kenapa takut sangat masuk angin.

12. Menjahit & membaca, sebab takut rabun sebelum tua -- Zaman sekarang mana boleh, lepas beranak dah terus baca phone, nak buat macam mana

60 hari

1. Bengkung. Sebab nak perut slim kan. 

2. Buat kerja berat 

3. Makanan berangin & sejuk

4. Makanan yang masak dua kali, contohnya keropok lekor (sebab dia rebus dulu, lepastu goreng), karipap, nasi goreng. -- Tapi yang ni I tak ikut sangat sebab rasa macam ok je padahal orang kata makanan masak dua kali ni berangin

5. Air sejuk, ice cream. -- Ni pun tak boleh tahan jugak, nafsu!

100 hari

1. Pantang suami 

2. Mandi air sejuk -- Seminggu je mandi air suam lepastu pakai air sejuk sebab tak sengaja...

3. Angkat benda berat kecuali baby -- Habis je pantang 44 hari, dah start angkut kain baju dari tingkat atas bawak turun bawah nak basuh, boleh tahan berat jugak tu.

4. Air-cond -- Aircond ni tak pantang langsung, balik hospital je terus pasang aircond sebab Malaysia ni panas, nak buat macam mana :(

Setahun

1. Minum ais

2. Laksa (kuah laksa yang pakai bunga kantan & daun kesum & ikan boleh buat angin, and masak dua kali so memang berangin, timun kacang panjang nenas pun tak elok jugak)

3. Pulut (sebab berangin)




Sebenarnya pantang ni ikut diri sendiri lagi lagi pantang makanan. Kalau orang kata okay je minum air ais dua minggu pastu korang nak minum jugak, suka hati la kan. Yang sakit pun diri sendiri, nanti tanggung lah sendiri. As for me, haritu hari ke 40 minum air kordial jambu, lepastu terus sakit perut kembong yang amat. Menyesal. Hari ke 45 pulak try minum yakult sebotol. Pun sakit perut kembong sampai berguling. So kena try lah apa yang boleh, apa yang tak. Kalau sakit tu, nasib lah ye.

Selamat berpantang new mommies! :)

1 comment