My pantang melayu routine

My first time pantang ni dekat banyak tempat sebenarnya. First dekat Esther Postpartum Care, I've blogged about it here:

1. ESTHER POSTPARTUM CARE REVIEW: MY FIRST IMPRESSION
2. MY PANTANG DAILY LIFE IN ESTHER POSTPARTUM CARE CENTER
3. WHY I LOVE ESTHER POSTPARTUM CARE


The following week dekat rumah parents, then rumah mertua. (Barulah fair dua dua belah dapat main dengan cucu)

Hospital


Sepatutnya pantang ni kena start dari dekat hospital je. Antara benda yang kena buat masa dekat hospital lagi:
1. Pakai stokin -- checked. Keluar labour room terus pakai stokin!
2. Kurma -- Untuk energy. Checked.
3. Tuam badan -- Taktahu nak tuam pakai apa so tak tuam.
4. Bengkung -- Tak bawak bengkung and tak reti nak ikat lagi. Next baby kena terus bawak bengkung modern pergi hospital and terus pakai lepas bersalin! #NoteToSelf
5. Ikat rambut ketat & tinggi -- Boleh laaa
6. Pakai minyak panas -- Lupa bawak minyak so tak pakai
7. Minum air panas
8. Pakai baju lengan panjang
9. Rehat & tidur yang cukup -- Tak sempat tidur sangat sebab seronok tengok baby tidur hahaha

Rumah parents


Dekat rumah, pagi pagi Ummi buatkan mandian herba. Daun herba tu beli je dekat kedai, lepastu letak dalam periuk, rebus. Then, tuang dalam baldi, tambah air paip. Bagi suam suam je. Mandian herba dari kaki sampai leher.

Lepas dah mandi, Ummi panaskan tungku and tuam tuam la area perut, kaki, mana mana yang rasa nak panas panas. Batu tungku ni guna batu sungai. Panaskan atas dapur dalam 10 minit lepastu balut pakai kain batik.

Habis tungku, pakai minyak panas pulak satu badan tapi fokus dekat area perut and pinggang. Ummi ikatkan bengkung ketat ketat nak bagi tak buncit.

Ummi strict part pantang makan, banyak benda tak boleh makan. Setiap kali makan kena tanya, "Ni boleh makan ke tak eh?", kadang kadang tu kena bebel tapi biasalah tu, riuh riuh baru ceria hidup hahaha

Tapi takde lah pantang teruk teruk. Dominos, McD, Burger King semua makan je takde hal. Cuma pantang seafood, telur, makanan sejuk haaa benda benda basic camtu

Rumah mertua

Mak mertua ada panggilkan orang datang urut, siap sauna & tungkukan lagi.

Normally urutan treatment:
1. Sauna -- Untuk buang semua angin & toksin. Sauna ni best sebab panas panas. Duduk dalam tu 20-30 minit je tapi ada sampai terlelap sebab punya lah sedap.
2. Urut & sengkak -- Untuk melancarkan pengaliran darah
3. Tungku -- Untuk buang angin & kecutkan urat kembang
4. Mandi herba
5. Sapu param & pilis -- Param tu minyak pemanas badan, singkirkan lemak, kecutkan perut & rahim. Sapu satu badan untuk elakkan angin. Pilis tu yang sapu dekat dahi tu. Untuk elak sakit kepala and rabun.
6. Pakai bengkung & stokin -- Bengkung ni nak rasa ketat sikit perut, confident nak jalan, rasa semua benda rapat, takdelah tiba tiba terduduk bersila. And untuk betulkan kedudukan peranakan. Stokin & bengkung ni buka masa nak pergi toilet SAHAJA.
7. Ikat rambut ketat & tinggi -- Ketat ketat sebab nak face-lifting, kasi muka tegang. Elak angin masuk & migraine. Ikat tinggi supaya senang nak baring. (Orang kata)

My normal everyday pantang days

1. Mandi herba -- Tapi dah malas nak rebus rebus herba ni, mandi pakai air panas biasa je.
2. Tungku -- Panaskan atas dapur. Pernah jugak lupa nak angkat, bila angkat and letak dekat kain, terbakar kain. Berasap satu rumah hahaha
3. Sapu param & bengkung & stokin -- Pakai Nona Roguy je. Bengkung tak pakai everyday, bila rajin je pakai, and malam memang bukak sebab tak selesa. (Sebab tu perut tak flat lagi hahaha). Tapi stokin wajib pakai.
4. Makan ubat. Ubat elak sembelit je sebab takut nanti drama dalam toilet.

Segala pilis semua tu tak suka, tak selesa sebab nanti kering habis baju, kena katil, bersepah atas lantai. Dia kan macam serbuk serbuk gitu.

Kain batik pun tak reti pakai, pakai bila rasa nak pakai tapi lepas dua minggu, pakai seluar je. Lagi selesa!


Basic bengkung, minyak Nona Roguy and batu tungku.


Rasa macam takdelah pantang beriya and betul sangat pun. Barang pantang pun beli yang basic je. Okay lah next anak kita pantang betul betul ya. Haha

Sekian, bye!



No comments