MGTT (Ujian Air Gula)

During my 29th week of pregnancy checkup, my doctor suruh buat MGTT untuk make sure ibu mengandung takde GDM (Gestational Diabetes Mellitus), which is kencing manis semasa mengandung. The reason, sebab berat badan naik banyak hahaha kfine

So I booked my session dekat klinik dekat dengan rumah je sebab senang and weekend. Kena puasa start pukul 10 malam and esoknya pukul 8 pagi pergi klinik, doctor ambil darah dekat lengan *nangis*

Lepastu nurse bagi minum air gula, which I read sangat tak sedap, nak termuntah lah etc etc, tapi bila minum, okay je? Taklah manis sangat nak muntah.

Kena minum satu gelas air gula yang pekat.

Then, kena tunggu dua jam. Sementara dua jam tu, Marwan beli breakfast kuih keria omg dah lah teringin pastu dia saja je makan sensorang kfine takpe


Balik rumah kejap, dah lah perut kosong, lepastu mula lah pening nak muntah. Poyo sangat tadi minum air gula konon macam takde apa apa kan.

Lepas dua jam, pergi klinik balik untuk ambil darah kali kedua. Tangan belah kiri pulak. *nangis second time*

Kena tunggu dua hari untuk dapat result.

Result:
Bacaan normal sebelum minum air gula: < 5.8 mmol/L
My result: 3.7 mmol/L

Bacaan normal lepas dua jam: <6.8 mmol/L
My result: 3.8 mmol/L

*bacaan normal ni based on apa yang my doctor nak

Conclusion: Lulus dengan jayanya so tak payah diet and jaga makan! Yay!

Cost: RM50


No comments