First trimester

Lepas dah confirm pregnant (6weeks++), the first thing Marwan beli, Vitamin C and lotions to prevent stretch marks. Amboi. Lepastu beli buku pregnancy sikit.

Sampai tiga botol beli. Buat stok.

Beli dekat BookXcess, Fahrenheit88 yang sebelah Pavi tu. Semua buku murah murah!


Since early pregnancy tu bulan Ramadhan, takde lah rasa mabuk sangat. Nak dekat dekat raya baru rasa tak lalu makan tapi other than that, okay je. Masa Aidilfitri, I was about 7 weeks pregnant.

Second Aidilfitri as husband and wife, and 7 weeks pregnant :)


Lepas je raya, masa 8 weeks pregnant, mula dah drama muntah tu. Pagi petang siang malam tak kira masa, kalau rasa nak muntah, memang muntah je. Pagi muntah, sebelum masuk office muntah jap dalam kereta, dekat office muntah, balik rumah muntah. Memang forever ada bekalan plastik dalam bag and dalam kereta.

Mengandung starter pack. Duduk kat office, makan asam nak hilangkan mabuk, sapu minyak cap kapak sebab mabuk and pakai vicks dekat hidung sebab nak hilangkan semua bau pelik pelik (perfumes etc)


Siap combo dengan tak lalu makan. Semua ayam, daging, seafood memang tak boleh tengok. Semua bau makanan yang suka makan sebelum ni, Boat Noodle ke McD ke KFC ke sushi ke pizza ke, semua tak boleh bau. Semua muntah. Yang boleh makan, nasi dengan sup je. Tambah sayur sikit bagi tak hambar. Dah lah masa tu raya, open house sana sini. Sebelum sampai je rumah sesiapa, muntah siap siap dalam kereta, lepastu tak makan langsung. Minum air je. It was bad sebab semua benda tak boleh makan!

Because of that, berat turun dari 53kg sebelum pregnant, jadi almost 45kg. Nak dekat 8kg jugak lah turun sebab tak boleh nak makan apa apa.

Ada satu hari tu, tiba tiba teringin nak makan tomyam. Marwan bawak pergi makan tomyam and makan habis nasi sepinggan. Balik dari kedai, rasa mabuk nak muntah. Marwan dah macam, "Sabar Sayang sabar! Jangan muntah. Sayang lah makanan tu!" Cewah dia ingat muntah boleh tahan tahan. Memang sayu je lah mengenangkan semua nasi tu keluar balik, padahal sebelum tu dah kemain kenyang dah makan.

Nasib baik lah semua muntah muntah dalam plastik tu, semua Marwan dengan rela hati buangkan dalam tong sampah, walaupun tutup hidung. Kalau tak sempat ambil plastik, dia lah tolong bersihkan semua, tepuk tepuk belakang kasi lega sikit.

Selain dari tu, tak boleh bau sabun Dettol yang selama ni memang selalu pakai. Asal bau je, muntah. Lepastu memang tak pakai terus sebab memang totally muntah. Bau sabun pelik pelik, bau toilet yang ada spray perfume tu, bau perfume yang Marwan pakai, semua muntah. Tahpape perangai.

During first trimester ni, makan ubat folic acid je. Tu pun kadang kadang lupa. Susu apa pun tak minum sebab tak lalu. Berdoa je lah dalam hati asalkan baby sihat dan membesar dengan jayanya. Nasib baik doctor kata takpe, pregnancy is a natural process. Terlupa tu biasa lah, hehe. Berjalan pun tak larat. Kalau tak kerja, sepanjang weekend tu baring je. Malam pun tidur awal. Kiranya life kerja je ada, lepastu ada masa terluang, memang akan tidur.

Nak shopping pun tak larat, sampai naik wheelchair sebab penat. (Tapi shopping Sephora tu sempat lagi tau zzz)


Alhamdulillah, bila masuk second trimester, muntah pun dah berkurang. Sebelum ni muntah sehari 3-4 kali tu biasa. Masuk second trimester, dah kurang sikit. Selang sehari je macam tu.

Summary of my first trimester: MUNTAH.


No comments