Resepi Butter Chicken

Bahan-bahan:
1. Ayam potong kecik kecik
2. Tepung gandung dua sudu, campur dengan tepung jagung dua sudu, letak garam sikit
3. Telur
4. Daun kari
5. Bawang putih 4 ulas & bawang merah satu ulas
6. Butter
7. Susu pekat
8. Susu cair

Cara-cara dia:

1. Celup ayam dalam telur and celup dalam campuran tepung tadi.

2. Goreng sampai crispy. Api jangan besar sangat, nanti hangit pulak. Angkat and ketepikan.

3. Ambil kuali baru, cairkan butter. Tumis bawang. Potong cili padi kalau nak pedas sikit.

4. Masukkan daun kari. Lepastu susu pekat satu sudu. Dengan susu cair setengah tin. (Takde gambar sebab lupa tangkap hahaha). Masukkan air sikit. Kacau sampai mendidih.

5. Tuang kuah atas ayam yang dah goreng tadi.


Okay siap! Boleh makan dengan nasi. Serious sedap!




2 comments

  1. Tepung gandum, bukan tepung gandung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, mungkin dia orang terengganung.

      Delete