Resepi Ayam Padprik Simple

Potong ayam kecik kecik.

Goreng ayam sampai masak. Pastu angkat.

Hiris bawang merah, 4 ulas bawang putih, serai, halia.

Tumis bahan bahan hiris tadi dalam bekas yang sama goreng ayam. Tumis sampai naik bau.


Masukkan dua-tiga sudu cili boh. 

Masukkan gula, sebab taknak bagi pedas sangat cili tu hehehe #KelantanInMe

Kacau kacau sampai cili masak pastu masukkan ayam.

Potong sayur! Sukahati nak masukkan mushroom ke, carrot ke, suka hati. Taknak pun takpe.

Masukkan sayur.

Masukkan daun limau purut, barulah nama dia ayam padprik. Kalau tak masukkan limau purut, jadi ayam masak merah serai. Kalau tak masuk serai, jadi ayam masak merah. Pastu ayam masak merah tu kalau kurangkan cili boh then masukkan kicap, jadilah ayam masak kicap. Basic dia lebih kurang je. #Tips

Tambah asam jawa nak bagi masam sikit, sos cili ke, tomato ke, oyster sauce ke ha sukahati ikut taste sendiri.

Masukkan garam and perencah sesedap rasa.

K siap dah ayam padprik! Dah pi cuba masak! 

#MisiJadiIsteriBerguna




No comments