Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Langkawi Trip : Itinerary & Budget

Harga tiket beli 6 bulan sebelum trip, RM38 sorang, pergi balik. (Kena rajin cari offer Air Asia)
Ambil pakej RM99/sorang untuk 3H2M tapi tambah RM50 untuk 4H3M. Pakej termasuk hotel, kereta sewa and island hopping. Boleh search dekat facebook, Century Rest Inn.

DAY 1
12.40pm: Boarding form KLIA2
1.45pm: Sampai Langkawi, airport transfer (RM35)
3.00pm: Check in hotel, unpack barang, rehat, makan
4.00pm: Naik cable car


RM20 sorang. Sila tunjuk IC.

Malam: Lepak Chenang cari makan.

DAY 2
8.30am: Pergi Kilim Mangrove Tour. (RM60/sorang) ni ikut harga pakej yang hotel offer, kitorang terima je. Asal asal harga RM80 tapi mintak kurang sikit.

Dalam pakej ni, visit Bat Cave, Crocodile Cave, Eagle Watching, Fish Feeding (best sebab bagi ikan pari makan, video ada dekat instagram), trip to Andaman Sea.

Bat Cave. Gelap! Kitorang taknak sewa lampu so pakai lampu handphone je.




Sejam mandi dekat Andaman Sea.

1.00pm: Balik hotel, cari lunch, rehat.
4.00pm: Keluar pergi Chenang, makan Laksa Ikan Sekoq.


5.00pm: Parasailing! (RM60/sorang)

Confident naik berdua taknak ada guide. Nak naik sensorang pun boleh, ada abang guide jaga kat belakang. 

Malam: Sewa motor, pusing Chenang sebab bawak kereta susah nak stop stop, parking pun susah tepi pantai.

Sewa motor sejam je, RM5. Nak sehari pun boleh. Rasanya RM16/sehari. Cari je along the road dekat Chenang.

Dinner dekat Restoran Haji Ramli. Total semua ni RM72. Best!


DAY 3
8.30am: Island hopping! Pergi Pantai Beras Basah & Tasik Dayang Bunting. Ni termasuk dengan pakej hotel & kereta so takpayah bayar dah.

Naik boat ramai ramai.

Pantai Beras Basah.

Kayak dekat Tasik Bunting. RM40 sekali kayak.

Life jacket sewa RM5/sorang. Nak masuk tasik Dayang Bunting kena bayar RM2/sorang. Seronok main kat sini sebab boleh lari dari platform and terjun masuk tasik. (Video dekat instagram)

Petang: Pergi MARDI makan buah.

Masuk sorang RM7. Sila tunjuk IC.

Sebab bukan musim buah sangat, ada buah buah biasa jeeee. Ni buffet. Makan lah sampai puas!

Malam: Lepak Chenang, makan street food, and singgah makan dekat EE Burger.

DAY 4
Pagi: Shopping chocolates.

Gambar wajib kalau pergi Langkawi. Gambar dekat Dataran Lang!

2.00pm: Airport transfer. (RM30)
3.20pm: Flight balik KL. Bye Langkawi!

P/S:
Aktiviti lain dekat Langkawi, ada jetski sewa RM120 untuk 30mins, ada banana boat RM30/sorang.
Boleh jugak pergi Pulau Payar untuk snorkeling, around RM130/sorang.
Total spending: Tak sampai RM380 tak termasuk makan.
Kuah (hotel kitorang) dengan Chenang around 30 mins drive.

 "What happens in Langkawi stays in Langkawi". We had so much fun in Langkawi! Bila spend time travel dengan orang yang best, mestilah the whole journey jadi best!! xxx