Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Pengalaman bersalin

Warning: This is gonna be a suuuper long post :p

Rabu 8/2/2017

Hari ni dah 38 weeks ++ pregnant. Semalam last day kerja, saja ambil cuti awal sebab ada seminggu lebih untuk rehat rehat dekat rumah, mengemas, packing barang nak sambut kehadiran baby (kononnya). So pagi ada checkup dekat hospital macam biasa. Pukul 9 pagi terus pergi hospital, nurse kata "Awak dah nak due kan? Boleh lah pergi buat CTG dekat labour room". Lepas tu dia bagi slip kertas.



Dalam hati, CTG tu apa pulak...

Rupanya CTG tu cardiotocography, nak check baby's heart rate dengan contraction. Yang dia ikat belt dekat perut tu. Tapi masalahnya tak rasa sakit apa pun, kenapa nak kena CTG ni...

Terus pergi Labour Room tapi bukan nak bersalin lagi okay!




Sempat update instastory. Sebab kena baring dalam 30 minutes.


My CTG. Yang belah kiri punya bacaan tu (141) tu baby's heart rate. Normal around 110-160 so kiranya normal lah tu. Belah kanan yang percentage tu contraction. (Entah lah I pun tak faham, sorry bukan doctor hahaha) Tapi time ni serious tak rasa apa apa.

Lepas dah habis CTG, nurse nak check bukaan, aka VE, aka seluk. Orang kata seluk ni sakit gilaaaa. Tapi nurse yang buat ni baik, so rasa macam mild discomfort gitu je. "Dah ada bukaan nak dekat 2 cm ni puan", nurse tu kata. 

Oh wow, tak sangka pulak dah ada bukaan. Maybe sebab masa kerja tu rajin sangat berjalan. Habis kerja gigih jalan pergi naik LRT, dalam LRT pun kadang kadang tak dapat seat kena berdiri dengan perut boyot tu, merayau pergi Nu Sentral la, sometimes tukar train dekat Masjid Jamek and jalan dekat Sunway Putra Mall lah ha bayangkan banyak betul berjalan, setiap hari macam tu!

11am

Lepas tu tunggu turn jumpa doctor pulak.

*mengada*

Jumpa doctor, dia scan tengok baby okay je, berat dah 3kg, semua normal. Lepastu doctor pulak nak check dah berapa bukaan astaghfirullah seriau betul. Doctor kata, "Okay dah bukak 2 cm ni. Baju semua dah bawak ke?" Hahaha memang lah baju baby dah siap packing tapi banyak lagi benda lain tak packing and tak habis shopping

Lepastu doctor tanya lagi, "So, awak nak bersalin petang ni ke esok pagi?". And I'm like, serious lah kena bersalin dah? Sabar lah jap, semalam baru je last kerja, nak rehat seminggu dulu please, tak rasa sakit apa pun lagi ni. Okay fine lah. Bersalin je lah. I redha. Doctor suruh admit je malam ni, esok pagi kita bersalin.

1.00 PM
Nak admit tapi bilik semua penuh. So kitorang balik dulu, pergi makan jap dating, balik rumah packing then pergi hospital semula untuk admit.


My hospital bag. Takde lah banyak sangat pun barang nya.


5.30 PM
Datang hospital balik untuk admit, tapi bilik still penuh so lepak labour room.

7.30 PM
Kitorang pergi solat maghrib, Marwan keluar beli Pizza Hut lepastu kitorang makan sesama sebab teringin!

Bandung ais tu penting sebab nanti lepas bersalin kena pantang ais!


11.00PM
Baru ada bilik kosong tapi bukan single room, ada shared 4-bedded je tapi takpelah walaupun sempit and Marwan tidur atas lantai je. Malam tu tidur dengan lenanya padahal esok nak kena bersalin. Sorry I kaki tidur :p


Khamis 9/2/2017

Pukul 4 pagi nurse kejut suruh mandi and siap awal awal sebab pukul 8 pagi nak masuk labour room dah. Dia masukkan ubat ikut punggung nak kosongkan usus katanya. Tapi lepastu diorang bagi breakfast so I pun tak faham whats the point haha. Mandi awal pagi bersih bersih siap shampoo lagi sebab kengkonon nak fresh and wangi masa bersalin nanti. Lama betul mandi, ada lah kot nak dekat sejam. Lepastu nurse datang check bukaan, time ni taktahu kenapa sakit gilaaaa dia check bukaan, mengerang jugak lah sebab apasal sakit sangat ni. Dah 3cm katanya.

Marwan kata check bukaan ni dengar I menjerit pun dia seriau, terus dia nervous nak masuk Labour Room nanti entah camne I jerit hahaha



Sempat tangkap gambar flatlay nak masuk labour room ok! Air mineral, air zamzam, kurma, quran and stokin takut sejuk.

8.00 AM
Nurse ajak pergi labour room tapi takde lah nak wheel chair ke apa cis tak boleh nak drama bersalin sebab takde sakit apa pun. Nurse suruh salin baju pakai baju pink. Siap boleh tangkap gambar lagi. Lighting labour room pun cantik. Lepastu update family cakap dah masuk labour room ni.



Nurse buat CTG lagi sekali and check bukaan. SERIOUSLY I STRESS. Sebab makin lama makin sakit pulak kena seluk ni, tak puas hati betul. Still 3cm.

Lepastu dia masukkan drip nak kuatkan contraction. "Ubat ni buat awak rasa makin sakit tau", dia kata. Ish nervous pulak rasa.



10.00 AM
Nurse check bukaan, dah 4 cm. Time ni dah sakit sangat dia seluk, sampai kena pakai gas nak bagi khayal. Rasa nak mengamuk pun ada gak haha. Then nurse pecahkan air ketuban. Rasa panas panas air mengalir macam kencing gitu. Konfius kencing ke ketuban ni. Lepastu tanya nurse, agak agak bila boleh bersalin. "Lagi dua tiga jam boleh kot bersalin ni". Okay by pukul 1 tengahhari boleh bersalin lah kot ni.

12.00 PM
Nurse check lagi bukaan. Time ni dah penat dah tahan sakit, penat menggelupur dia seluk. "Tak ada cara lain ke nak check bukaan? Sakit sangat ni". Sakit kena seluk je, contraction tak kuat sangat siap boleh tidur lagi. Tapi harapan lah, still jugak kena seluk. Sakit sampai meronta ronta sampai patah tube gas tu sebab ganas sangat meronta ronta hahaha. Baru 5 cm. Fine. Lepas tu rasa nak terkencing, terus tanya nurse, tapi tak boleh sebab dah masuk ubat nanti tumbang dia kata. Nurse masukkan tube je untuk kencing. Sakittt makkkk

1.30 PM
Apasal tak bersalin lagi ni. Mengantuk ni. Sakit sikit sikit je ni. Marwan kata Ummi nak masuk labour room nak tengok tapi nurse garang tak bagi masuk. Suami je boleh teman, orang lain tak boleh. Sebab dia malas kot nak drama drama nanti mak mak ni biasa suka complaint hehe

Sambil tu baca baca ayat kursi, 3 qul, doa nabi yunus, al-insyirah. Kena selawat banyak banyak. Marwan bacakan surah Maryam nak bagi dipermudahkan bersalin.

2.00 PM
Kenapa tak bersalin lagi... Tapi sakit dah ni... Tapi boleh tahan, tapi sakit. Bila nurse masuk je terus tanya, "Bila saya nak bersalin ni, tadi cakap by tengahhari. Ni dah pukul 2!". Nurse suruh sabar je. Sambung tidur balik.

3.00 PM
Sakit sangat sangat, panggil doctor, doctor kata dah 6 cm. Terus merayu mintak epidural sebab tak tahan sangat. Doctor kata kejap, sebab ada orang lain nak bersalin pulak. Lepasni dia bagi epidural. Tapi tiap 5 mins panggil nurse suruh cucuk epidural sebab tak tahan sangat. Setiap kali contraction rasa nak tercabut besi, pakai gas tu pun tak hilangkan sakit langsung, mengerang sakit. Marwan tolong urut urutkan belakang je boleh.

3.45 PM
Nurse dengan doctor datang, tapi dia cakap epidural kena duduk tegak, diam diam. Lepastu nurse tanya Marwan, "Awak rasa isteri awak boleh ke duduk diam nak cucuk epidural? Sakit macam ni pun duduk tak diam meronta ronta?". Hancur lah harapan epidural ku. Tahan je lah sakit sampai nak nangis pun tak mampu. Dah lah perut kena strap dengan CTG tu, baring pun tak selesa, nak mengiring pun susah, semua benda tak kena. Siap cakap dengan Marwan, "This is the one and only child. Taknak beranak dah, sumpah!" (Time tu je lah)

4.30 PM
Nurse pesan kalau rasa nak buang air besar je, cakap. Jangan pandai pandai push. Tapi tak rasa nak membuang pun. Rasa annoyed je setiap kali contraction. Nurse masukkan tube untuk buang air kecil sebab asyik terasa je.

5.00 PM
Sakit sangat sangat sampai dah tak tahan sangat, setiap 2 mins contraction tu. Baru nak rehat jap, datang lagi sakit tu yang memang tak boleh duduk diam, biasa kalau senggugut boleh tahan lagi even sakit gila senggugut, boleh duduk diam and sabar and tertidur. Ni takda maknanya. Habis kaki katil tu ditendang tendang, besi sebelah tu bergegar gegar amboi kemain tau. Nurse pun check bukaan sebab nampak sakit sangat, "Dah 10cm dah ni, dah boleh teran."

Wahh terus rasa bersemangat. Let's do this! Doctor dengan nurse terus pakai baju dengan glove, rasa macam tengok Grey's Anatomy bila tengok diorang get ready. Katil pun berubah, dia tarik keluar half of the katil so katil jadi separuh, punggung tu betul betul dekat tepi katil and kaki angkat ke atas then dia strap. Lepastu dia pakaikan seluar yang nak tutup aurat bersalin tu, padahal semua perempuan dekat situ tapi dia still jaga aurat patients.


Lebih kurang macam ni lah tiba tiba katil tu transform.

Baru ingat nak aplikasikan tips meneran taknak bagi koyak yang biasa orang cakap:
1. Jangan angkat punggung -- Tapi entah lah tak sempat fikir dah time ni
2. Pegang pergelangan kaki -- Kaki dah kena ikat. Nurse suruh pegang besi katil, and tarik besi tu kuat kuat bila nak push.
3. Dagu rapat ke dada -- Time ni nurse suruh Marwan tolong tolakkan kepala bagi rapat ke dada
4. Breathing kena betul. Masa nak teran tu nurse suruh ambil nafas panjang panjang pastu lepaskan nafas masa tengah teran. Nurse tolong kirakan. "Satu, dua, tiga, empat..." Pastu dalam hati macam eh lamanya kena teran ni. Pastu ingatkan nurse kira sampai 10 je, cis rupanya dia kira sampai 20. Penat rupanya meneran ni
5. Jangan jerit/keluarkan suara masa meneran. -- Hello I mestilah ada sound effect menjerit kasi feel sikit nak push time beranak kan hahaha pastu nurse kata simpan tenaga jangan jerit, hembus nafas slow slow je, JANGAN BUKAK MULUT. Okay okay baiklah.

Tak tahu lah berapa kali try push tu tapi banyak lah jugak, orang kata nanti rasa "ring of fire" yang rasa macam panas gila sebab kepala baby stretch kan bawah tu tapi tak rasa pun, kena gunting pun tak rasa, sebab nurse ada cucuk painkiller rasanya.

Dah puas teran tu ada lah kot 20 minutes rasa macam cepat lah keluar baby, cepat lah. Nurse siap tolong tolakkan perut kuat kuat kasi baby keluar cepat sikit. Akhirnya alhamdulillah tepat pukul 5.40 petang, keluar lah baby, taktahu la meluncur ke apa sebab tak rasa sangat, then doctor terus letak atas dada.

My first thought: "Eh panas nya baby ni, besar nya, awat tak nampak besar pun perut time pregnant, macam mana dia boleh fit dalam perut?" Hahaha tak sempat nak terharu ke nangis ke apa, happy je rasa. Lepastu Marwan guntingkan tali pusat dia and nurse bersihkan.

As cliche as it sounds, yelah bila pegang je baby, rasa hilang semua sakit bersalin cewah. Senyum je memanjang bila tengok baby, semua gambar candid yang Marwan tangkap semua tengah senyum je padahal sebelum tu kemain sakit tau

Sambil tunggu nurse bersihkan baby, doctor keluarkan uri and jahit. Tak sakit sebab ada bius rasanya, dua kali dia cucuk dekat peha tapi rasa lah kena jahit tu. Bila tanya doctor ada berapa jahitan, banyak ke, doctor jawab, "Awak tak payah fikir lah" hmmmm maksudnya banyak lah tu hahaha sebab doctor jahit lama lah jugak and rasa macam banyak

Bila baby dah bersih, lepas dah azan & iqamat semua, tahnik kan baby (letak kurma dekat langit langit baby) lepastu breastfeed kan baby. She latched perfectly :')


My babies <3


Lepastu nurse ambil baby nak check, and nurse bersihkan I, pakaikan baju semua and tolakkan balik ward. Dekat ward, semua family dah tunggu dah. Diorang tunggu dari Zuhur kot sebab kengkonon ingat bersalin time Zuhur, rupanya nak dekat Maghrib baru settle semua


Ummi and Nina yang dah upgrade jadi Cik Su

Ummi mertua and adik adik ipar



My beautiful baby girl, 3.03kg, 50.5cm. Semoga menjadi anak yang solehah <3


Malam tu tak tidur sebab happy merenung baby. Indahnya dunia ini rupanya. Thankyou suamiku tercinta sebab teman dari awal sampai akhir duduk dalam labour room. Thankyou family ku yang tunggu berjam jam kat luar labour room sebab baby taknak keluar keluar hehe

Welcome to the world my darling. Mummy & daddy love you. Nenek, Tok Ayah, Tok, Tokki pun sayang awak. And also your 4 uncles, 5 aunties and 1 cousin... (And more to come)

My 3rd trimester essentials



1. Dreamgenii pregnancy pillow

I've blogged about it here (Dreamgenii Pregnancy Pillow)

Basically, yang ni memang paling penting lah!

2. Skechers Go Walk 2

My criteria for the new shoes: Easy to put on (malas nak tunduk tunduk, nak sarung je please), supportive and tak sakit kaki (cushion lebih sikit), AND COMFORTABLE.

But you know what, the struggle nak cari kasut yang selesa, affordable and design cantik ni susah sangat. Biasanya kalau kasut selesa, design mesti OUT.

So during my third trimester, masuk Crocs, design tak minat. Lepastu try masuk Skechers.


Of course my options are only pink. Tapi design tak kena dengan jiwa.


Yang ni macam okay.


Finally, I bought Skechers Go Walk 2. As long as it's pink :p


The descriptions.

Personally for me, I LOVE THIS SHOES during my pregnancy. Comfortable, tak sakit kaki langsung bila jalan lama lama, tak melecet. I can walk for hours, even jalan jauh jauh, naik LRT, pusing shopping mall, pergi client site, NO PROBLEM. Selesa gilaaaa!

Even pergi kerja pun I pakai je kasut ni because hello, I nak selesa. #PregnancyProblems



Me featuring my kasut :p


I bought it at Skechers The Mines, RM179 tapi ada diskaun so dapat RM120++ je. Totally worth it!

3. Kipas

Taktahu lah kenapa, sebab hormon ke apa tapi bila dekat office selalu rasa panas even air cond dah full blast and semua colleague kata dah sejuk siap tangan pun dah macam beku. But I still feel panas gilaaa so I decided to buy this kipas.



RM6 je dekat Uptown Danau Kota. Settle masalah. Cucuk je dekat laptop lepastu tadah je muka depan kipas tu.

4. Mothercare Stretch Mark Cream


I've been using this since my first trimester tapi third trimester paling penting! Memang sapu this cream twice/day tak pernah miss. Sometimes bawak pergi office and apply in the middle of the day sebab nak prevent gatal. I totally love this sebab bau dia best and tak melekit.

Bought it from Mothercare, RM39. Satu botol boleh tahan dalam 3-4 bulan macam tu depends cara guna.

That's all my essential stuffs!

Disclaimer: Semua beli sendiri pakai duit sendiri, bukan review berbayar!

Baby shower #bebigels2010

During my 35th week, my girlfriends acah acah celebrate baby shower plus sebab dah lama tak jumpa so we decided to jumpa gossip gossip at IOI City Mall Putrajaya.


My 35 weeks tummy. 

Makan makan dekat Perfume Dance Cafe. Nama macam kedai perfume gitu, rupanya cantik ok cafe dia! Dia dekat level atas sekali, menghadap fountain. Tak pernah perasan pun cafe ni sebelum ni padahal pergi IOI tu amlost every week kot!

I ordered Spagheti Carbonara & Strawberry Iced Tea. It was nice. 4/5 stars!




OMG this! We totally loved these two. Lupa dah nama apa tapi sedap gilaaaa 100/100 stars ha gituu. Please order ni ya Allah sedapppp

Overall I'd totally recommend this cafe kalau nak lepak lepak makan desserts sebab, nak dating ke, nak celebrate events ke sebab cafe dia pun cantik gilaaaa ok!


Cupcakes from ig @leguiltypleasure

Phone kena letak tepi sementara sesi gossip

Them girls, since 2010 zaman twitter & blog dulu meriah! Setiap hari tweet sampai kena twitlimit. Zaman 2010 dedulu lah semua single muda remaja zaman chic pop market hahaha. Sekarang semua dah tua :p



Awat entah macam ni??

Ni Melle director buat pose camni

Lepastu main kat luar pulak tengok tasik

Dah tua ni handbag warna camni je

Thankyou girls, I love you gais <3

3D scan Klinik Danau Kota



Sebab scan 3D haritu tak nampak sangat muka baby (blogged about it here), I decided to do another 3D scan, this time dekat Klinik Danau Kota. Tak susah pun cari, waze je. Dia sebenarnya dekat Jalan Gombak, tepi jalan je and senang parking.

Masa ni sebenarnya dah 32 weeks, dalam perut pun dah sempit tapi doa je lah semoga nampak. Semangat makan kenyang kenyang and doa baby tak tidur sebab biasanya dia aktif kalau lepas makan kenyang.

Klinik ni best sebab doctor bagi explanation yang jelas pasal baby. Doctor cerita semua features baby, berapa besar kepala, kaki, tangan, compare kan dengan bacaan yang normal so rasa lega lah sikit. Doctor cerita tanda tanda kalau ada possibilities kena c-sect, and bacaan air ketuban berapa.

Basically happy sebab boleh dengar penjelasan doctor dengan detail. Doctor pun baik, lembut je and cantik hehe. 



And alhamdulillah, baby bagi kerjasama. Dapat tengok muka baby walaupun dia macam marah je hahaha


Hey there baby :)


Harga promosi semua tu boleh tengok dekat facebook or instagram, or senang terus call je! 2D scan and detailed scan pun ada jugak.

Boleh follow & visit instagram @klinik.danaukota here or their facebook Klinik Danau Kota Jalan Gombak here :)


Review: DreamGenii Pregnancy Pillow


Why I bought this:
I've been searching for the perfect maternity pillow that can support my tummy while sleeping during my pregnancy, since it's best to sleep on your side during pregnant. I've been browsing Lazada but I don't like the majority of the designs. It's too big, it will take up half the bed!


See, the size is just nice!


Why I love this:
I bought this during my second trimester. At first I just wanted to sleep with it, but after trying to travel with this pillow, I'll never ever gonna travel without this thaangg!



I commute everyday to work and normally it's an one hour journey (plus minus). Less back pain, and more comfortable sleeping (read: snuggling) with this pillow. The most comfortable thing ever! Kalau macam ni, travel from Johor to Kelantan pun I sanggup with this pillow :p

However for sleeping, it's a bit uncomfortable (for me). The only thing I like about this pillow that it's not that bulky, tak rasa macam ada orang ketiga dalam katil tu jugak. It's like a love hate relationship. Sometimes I'll use it properly, sometimes just to 'sendal' my back, sometimes I'll throw it on the floor.

Buuuuut, when the baby arrives, this thing is very useful! I use it to breastfeed my baby and again, it's veryyy comfortable! I have no regrets on buying this pillow cause I use it everyday and it ease my pregnancy & breastfeeding day A LOT.

Sometimes, my baby also sleeps with this pillow and she seems to be more comfortable in this pillow.



The cover is also removable and washable so I can wash it easily if it's get dirty.

I'd really recommend this pillow for pregnant ladies who travel everyday and want some extra comfort. In terms of sleeping, ada ke tak, I tidur lena je so I don't really know whether it really helps to make you sleep better or not. For travelling, YES PLEASE. Bila balik kerja penat penat masuk kereta, terus rasa indahnya dunia ini bila peluk bantal.

What I don't love this:
It's white. It's actually not an issue because I love white, but the hassle of cleaning it and the price for it's extra cover is RM70! Other cover designs are not available in Malaysia. (Or I yang tak jumpa cari?)

And, the price itself is already priceyyy (I bought this for almost RM300).

Where to buy:
I bought this from Mothercare Pavillion. I think all Mothercare's outlet have this.



*Disclaimer: This is not a sponsored post. I bought this using my own money.



Insentif Perkahwinan Belia Selangor

Since kitorang kahwin dulu masa belajar (2015), saja lah google, ada tak any insentif or elaun yang dapat kalau kahwin (amboi gatai nya), lepastu jumpa Insentif Perkahwinan Belia untuk orang Selangor. RM500 sorang okay! Terus semangat nak apply :P

Insentif Perkahwinan Belia Selangor
Insentif Perkahwinan Belia Selangor

Yang ni ambil dekat Pejabat ADUN Kajang.

Syarat-syarat untuk dapatkan Insentif Perkahwinan Belia Selangor (dari website sini):

1. Terbuka kepada semua kaum.
2. Tiada sebarang had pendapatan.
3. Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Pengerusi Taman).  - Kitorang tak lahir dekat Selangor, tapi menetap dekat Selangor lebih 10 tahun. Nikah pun, tak nikah dekat Selangor.
4. Perkahwinan kali pertama sahaja. - Jangan nak mengada ngada kahwin banyak kali sebab nak dapat insentif ni okay, tak dapat bro
5. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.
6. Permohonan hanya terbuka kepada perkahwinan / pernikahan / berdaftar pada tahun SEMASA.
7. Sah laku permohonan dalam tempoh 3 bulan bermula dari tarikh nikah (bagi pasangan Islam) atau tarikh daftar perkahwinan (bagi pasangan bukan Islam). -Dah lepas tiga bulan, tak boleh apply tau, kena within 3 bulan dari tarikh nikah!

What we did was, lepas nikah, terus bukak Akaun Tabung Haji (kalau takde lagi) sebab duit insentif ni masuk dekat Tabung Haji. Jangan lengah lengah okay!

Lepastu prepare documents untuk Insentif Perkahwinan Belia Selangor:
1. Salinan IC
2. Sijil nikah
3. Salinan front page buku Tabung Haji
4. Salinan sijil berhenti sekolah (sebab nak make sure betul betul duduk Selangor dah 10 tahun)

And then salinan and borang ni semua kena disahkan tau, so kitorang pergi jumpa pengerusi taman kawasan kitorang untuk dia cop. Lepastu borang semua hantar dekat pejabat ADUN kawasan korang pun takpe. Sila google kat mana pejabat ADUN kawasan sendiri.

Duit masuk lambat jugak lah, almost 6 months macam tu baru masuk Insentif Perkahwinan Belia Selangor ni. But at least dapat lah kan. Mohon menunggu dengan sabar :)

*Insentif Perkahwinan Belia Selangor ni one off payment tau, bukan elaun bulanan dapat setiap bulan RM500 amboi amboi seronok nya kalau setiap bulan dapat elaun macam ni hehe

Lupa diri

Although we're working in the same company, but we're working in the different team. Sometimes kena pergi client site and Marwan memang most of the time memang duduk client site area Titiwangsa sana while I'm at Bangsar South.

Jauh ok, jauh... #LDR

The only time that we get to bersembang is dalam kereta je lah. Kalau pagi tu, normally I'll sleep la throughout the journey sebab hello kena redah jam almost 90 mins, baik I tidur je hahaha

So today macam biasa, balik kerja Marwan will fetch me at the office and normally we'll stop by mana mana to have our dinner sebelum sampai rumah. Sampai rumah terus tidur je. WHAT A LIFE.

Despite the bad traffic, we talked and talked, update hidup dekat office, gossip sikit, masuk macam macam topic and suddenly, kereta dah sampai depan rumah.

CEPATNYA MASA BERLALU.

I'm like, "Sayang.... Kenapa tak stop dinner mana mana... Lapar..."



Tu lah kemain seronok bergossip sampai lupa nak makan. Terpaksa la keluar balik cari dinner....






Throwback gambar dua bulan lepas. Sekarang dah 34 weeks pregnant yay! 

38 more days to go.





Our 2017 New Year Celebration

On 31st December 2016, after my family dinner, around 10pm-ish we decided to go to KLCC to see the new year fireworks. I've always wanted to see fireworks at KLCC but last year we arrived late around 11.50pm at KLCC and there's no parking so.... Tak best langsung and stuck in the traffic.

The year before, I'm still single so bahaya anak dara keluar malam malam just to see fireworks haha dah kahwin baru rasa selamat at least pergi dengan suami ha gituuu.

So, we arrived around 10.30 and the traffic was not that bad, so we decided to park at some tower (lupa dah nama dia) but it's only RM10 per entry. Imagine parking dekat KLCC, entah berapa pulak cost kan. Then we walked to KLCC.

It was so meriah! Although the vuvuzella is a bit annoying but it was fun seeing all the crowds!

We went to KLCC park sebab less people but lama lama jadi crowded jugak lagi lagi nak dekat midnight. We lepak at the park sambil cari spot best tengok KLCC.


Our spot, directly facing KLCC.


Approaching midnight, everyone was standing and screaming for the countdown. Beriya menghadap KLCC. Turns out, the fireworks was at the back. So we went towards the tasik there, and there's not so many people so we watched the fireworks while laying down on the grass. So romantic :p


It was so fun, watching the fireworks right in front of your eyes, sambil baring menghadap langit during the night. Best moment ever!

The fireworks lasted for around 8 mins. Then, we walked back to our car. It felt so faaaaar. Took us around 30 mins to reach the car. Nasib baik meriah. 

Conclusion, waited 80 mins to watch 8 mins fireworks. Hahaha at least it was worth it.

Tapi tahun depan nak duduk rumah je please. Dah puas dah 




My contact lens routine


My laci for contact lens.

My fav and everyday contact lens that I've been wearing for almost two years is Alcon Air Optix Aqua, review here!

Tips for the first timer:
  • Jangan pandai pandai beli contact lens online, please go direct to any optical store, the optometrist can suggest you the contact lens that suits you.
  • It's normal kalau tak pandai pakai mula mula. I took around 45mins untuk pakai sebelah mata.
  • Jangan giveup. I almost gave up masa first time, lepastu cakap dalam hati "I can do this!" sebab susah gilaaaaa nak pakai, amenda entah yang susah sangat

Anyways, my normal contact lens routine:
  • I'll buy 4 boxes, satu box contains three lens so 4 boxes ada 12 pieces, boleh pakai for 6 months. Normally bila beli banyak, nanti boleh dapat harga solution dia murah sikit :p #jimat
  • Bila nak pakai for the first time, pakai je macam biasa.
  • At the end of the day, basuh tangan and make sure tangan bersih, remove the lens and rinse with Opticare Saline Solution. This one untuk rinse je lepas pakai and sebelum pakai, tak boleh guna untuk store the lens.
*gambar google sebab dah buang botol dia

Mini review: Quite leceh having two solutions. And this one, cap dia selalu hilang, botol dia besar and berat, susah bawak travel. Andddd, tak semua kedai jual.

  • And then to store the lens, I normally use Alcon Opti-Free Replenish. 
*gambar google sebab dah buang jugak

But since this one dah habis, haritu beli randomly je Bausch + Lomb re-nu ni from Watsons ke Guardian, entah lupa


Mini review: It's good and doesn't irritates my eyes. Cukup lah tu.

So right now, pakai re-nu je to rinse and store my lens.

  • Lepas dah rinse, dah letak lens dalam bekas dia, tutup rapat rapat, simpan. Esok pakai semula.



  • And please discard your lens lepas sebulan. So normally I'll replace my lens every awal bulan so that ingat la bila tarikh last pakai. Kalau pakai lebih dari sebulan, nanti risau mata kena infection kang.
  • For contact lens case, make sure basuh everyday and keringkan!
Some tips:
  • Wear contact lens BEFORE applying your makeup (kalau pakai makeup). I normally wear it right after mandi.
  • You CAN'T share your contact lens.
  • You can wear your lens during shower but be extremely careful. Pernah la pakai sekali dua masa mandi sebab lupa nak remove but better jangan.
  • Remove lens before swimming / any water activities. But I normally tak remove pun lagi lagi pergi holiday, main pantai etc, kalau tak pakai lens nanti tak nampak pulak. But must be extremely careful. Better jangan, nanti menyesal!
Hopefully this post can benefit you guys. Thanks!





Alcon Air Optix Aqua Contact Lens Review


Product name: Alcon Air Optix Aqua


This one is not the coloured ones just the normal clear ones, and boleh guna sebulan. Contains three pieces in each box. Why three? Sebab kalau satu hilang, at least ada backup (katanya).

But for me, since mata dua dua belah tak sama power, beli dua kotak lain lain power, boleh tahan untuk tiga bulan. Normally I'll buy 4 boxes, lagi murah and usually memang ada offer.

What it claims?

  • They are created through extensive research using one of the top technologies, known as the Ultra-Smooth Surface Technology. They create a thin protective layer of moisture over the eye, reflecting and repelling anything that tries to come in contact with the eyes, such as grit, dirt, dust etc. This is why AIR OPTIX contacts feel comfortable and soft throughout the day, instead of getting dry and irritating. - True! I feel very comfortable using it the whole day. Dari pagi sampai malam, no problem. Tak pernah pedih mata and no need eye drops.
  • Apart from the Ultra-Smooth Surface Technology, the AIR OPTIX contact lenses are created with advanced Breathability. They are created with a material that allows 5 times the normal amount of oxygen to reach the eyes, keeping them irritation free and provides anti-redness effect, ensuring comfortable wear throughout the day. -True, mata tak pernah merah pakai this contact lens
  • AIR OPTIX aqua is created using silicone hydrogel that makes wearing contact lenses exceptionally comfortable for day long wear. They are created with advanced wear technology to allow them to be worn continuously for 6 nights and 7 days, without having to be replaced or removed even at night. They take the contact lens experience to the next level, as you only have to remove them once a week for cleaning before placing them back in again. - Oh no, tak pernah try lagi tidur dengan this contact lens, tak berani. Tapi selalu je tidur masa lunch hours bulan puasa, tidur around 1 hour ++ and bila bangun, tak kering pun mata, rasa normal je.
  • These lenses feel so natural that many people actually forget that they are wearing them until it is time to remove and clean them. This is due to the fact that they are created using the TriComfort technology which ensures that the wearers never face the three most commonly experienced issues with contact lenses. - True. I've tried other brands, sometimes rasa macam ada benda dalam mata. This one, tak rasa langsung.

What I love about it?
  • Comfortable!
  • Boleh pakai sepanjang hari and tak risau mata kering. I once wear other brand, pakai more than 8 hours memang pedih and melekat dekat mata, susah sangat nak remove!
  • I can wear it every day!
Price & where to buy?
Normally around RM65++ for one box, and the cheapest I found is RM190 for 4 boxes. You can get them at any optical store!

I got mine at The Mines, tapi lupa dah nama kedai tu hahaha kena rajin compare harga and kalau nak senang, cari kedai yang memang dah ada ready stock!



*not a sponsored post