Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

PappaRich Pavilion KL | Nasi Ayam Kampung Hainan Steam

Haritu pergi PappaRich dekat Pavillion sebab nak try Bread O Clock dengan Nasi Ayam Kampung Hainan Steam asalnya.

Bread O Clock PappaRich Pavilion






PappaRich Pavilion


PappaRich Pavilion ni dekat level bawah sekali Level 1, sama level dengan food court. Kedai dia dekat depan Mercato. Yang sama area dengan Kyochon & Llao Llao haha (tu je yang I perasan)

ALAMAT: 
PappaRich Pavilion Lot 1.02.00, Level 1, 
Pavilion Kuala Lumpur, 
168, Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur 

Dia buka setiap hari, Isnin - Ahad, pukul 10am - 10pm.

Since 2006 lagi, PappaRich ni memang buat menu Malaysia. So macam macam makanan Malaysia boleh dapat dekat PappaRich ni, segala jenis ada. Sebab tu best.

Menu Bread O Clock PappaRich

Yang bestnya dekat Papparich ni, boleh pilih satu jenis roti toast & satu jenis air, satu set RM8.00. Memang cukup untuk light breakfast.


Ada empat jenis roti yang boleh dipilih,
1. Toast with Butter & Kaya - yang ni my fav sebab butter and kaya dia sedap <3 <3
2. Toast with Peanut Butter
3. Steamed Bread with Butter & Kaya
4. Thick Toast with Susu



Yang ni untuk air pulak. Kalau nak yang sejuk, tambah RM1 and terus dapat gelas yang besar.



Kalau nak telur, boleh add on RM2 and dapat 2 Half Boiled Eggs ni.

Nasi Ayam Kampung Hainan Steam PappaRich


Dekat PappaRich ni, ada jugak nasi ayam. Sebab yang tadi tu untuk breakfast. Yang ni untuk lunch pulak!

 Nasi ayam Papparich. Ni semua satu set. Portion dia just nice. 1/4 steamed ayam kampung. Ayam kampung ni of course lah option yang lagi sihat. Sos tu ada kicap, cili and bawang putih.

Untuk Nasi Ayam Kampung Hainan Steam ni, harga dia RM19.90. Ayam dia sedap and lembut!

 Kalau taknak makan nasi, boleh makan ayam dia saja. Ni half chicken. Boleh ratah pun best jugak. Boleh makan share.


Selain daripada tu, I juga try menu lain yang ada dekat Pappa Rich ni. Ada nasi lemak dengan kari ayam. Kari ayam dia sedap! 

Nasi Lemak with Chicken Curry

 Yang ni first time I makan Sea Prawn Curry Laksa. Sedap gilaaaaaa. Siap ada kerang dalam tu. Udang dia pun besar.


Overall, I memang suka makan dekat PappaRich ni. Kedai bersih, waiters semua baik and service laju. Kalau nak try semua ni, pergilah dekat PappaRich Pavilion tau.


FOR MORE INFO

Website

Facebook

Instagram

Thanks for reading!