New semester, what to do?

Semester baru, semangat baru lah kan? So let me share what you need to do!

"The beginning is always today"





I selalu excited kalau semester baru, sebab time awal awal semester ni lah, konon konon bersemangat nak dapat semua A, nak dapat 4.0 flat, nak dapat dean's list. Hujung hujung semester, semua kelaut.

I dapat petunjuk untuk buat study planner ni pun dah hujung hujung degree. Kalau la I rajin masa awal awal degree, kan bagus. Tapi tak ada guna nya nak menyesal. Dah terlambat. Dah selamat dah pun habis degree hahaha. So please, don't be like me.

So, what you need to do masa awal awal semester ni?

1. Make your study planner. This thing really helps, A LOT. Assignments, quizzes, exams, semua alhamdulillah, sempat la nak study, nak bahagikan masa, tak lambat hantar assignments, and tak stress.


2. Jangan ponteng first class. Biasanya I malas sebab time tu bukannya start belajar apa apa lagi. But seriously, first class ni paling penting. Time ni lecturer akan bagi segala info pasal subject tu, course outline, buku teks apa yang akan guna, buku rujukan yang perlu, website untuk segala notes, tarikh quiz and exams, berapa % masuk untuk final exam. Everything. Kalau missed yang ni, akan lost sepanjang semester.

3. Know your lecturer. Tahu nama, bilik dekat mana, have their emails (certain lecturer tak suka bagi personal phone number) in case ada benda nak tanya.

4. Bila dah tahu buku teks apa yang guna, pergi library and pinjam untuk sepanjang semester. Buku teks tu biasanya tak banyak, ada 4-5 copy je. So pinjam je, boleh jimat tak perlu beli buku teks dah. Tapi yang tak bestnya buku teks pinjam ni, tak boleh highlight and conteng sesuka hati.

5. Next option, cari senior or kawan yang dah pernah ambil subject tu, beli buku teks diorang second hand. Minta sekali segala notes, past year papers. Kalau ada rezeki, lecturer biasanya repeat je soalan lebih kurang. Dah boleh practice daripada situ.

6. Photostat semua benda siap siap. Jangan tunggu nak dekat dekat quiz atau exam, baru gelabah. Prepare siap siap, letak dalam file siap siap. Orang kata uols skema pun lantak lah, asalkan hidupku tenang sebab semua notes dah ada, tinggal nak study and baca je. (Tapi part tu, kita fikir nanti :P)

7. Doa supaya sentiasa istiqamah sepanjang semester :)

Also read: MY STUDY TIPS


All the best for your semester!

No comments