Maysaa's solid food (6 months) - puree

Nak share puree yang I buatkan untuk Maysaa since dia dah boleh makan :)






Puree nasi



I start bagi Maysaa makan, sebelum 6 bulan lagi. Macam seminggu sebelum dia 6 bulan kot. Tapi just bagi nasi je. Nasi tu masak dalam rice cooker macam biasa. Lepastu steam, and blend. Siap! I guna Little Bean Food Processor je.



Puree nasi + potato + carrot


Puree nasi + potato dengan carrot ni Tok Maysaa yang buatkan, macam bubur. Lepastu Mummy blend je. Masa Maysaa makan awal awal, dia makan main main je. 10% je telan, 90% dia sembur. Tu pun I bagi satu bekas sehari, untuk bagi dia biasa dengan makanan.

Puree potato + carrot



Sebatang carrot, sebiji potato, potong, steam, blend. Siap! 

Puree avocado



I bukannya reti sangat pun makan avocado ni. Beli dekat Giant je. Sebiji Avocado RM7.50..... Avocado ni potong, steam, blend. Lepastu letak dalam bekas. Makan!

Lepas 1-2 minggu, Maysaa dah pandai la makan sikit. From sebekas je sehari and 10% je dia telan, to dua bekas sehari, 50% dia telan. Haha. 

Puree apple + peach


First time beli buah peach macam ni, sebiji RM7.50, dekat AEON. Selama ni I tak makan sangat pun buah peach. 

Potong, lepastu steam dalam bekas ni.

Yang ni dah siap blend. I campur air sikit, supaya dia tak pekat sangat. Lepas tu simpan dalam bekas, bekukan.


 Bila nak makan, just ambil satu, panaskan (letak dalam tempat steam tu pun ok je), pastu boleh makan! Maysaa makan tiga bekas sehari, and 95% dia telan. Susu still minum every 2-3 jam, and sometimes bagi dia snack (biskut untuk dia makan kunyah kunyah)

From what I read, umur 6 bulan seeloknya kena makan 30ml of food, 3 kali sehari. Tapi it depends lah on the baby. Kadang kadang dia tak makan banyak pun. 30ml tu lebih kurang 2 sudu besar (tablespoon). Lagipun umur 6 bulan ni, dia baru nak belajar belajar makan.

I'm not so strict, I let her eat je. Segala buah dia dah rasa. Tembikai, honeydew, mata kucing, jambu, grapes, tapi rasa sikit sikit je lah.

Nanti I'll share her food masa travel pulak. Yang ni untuk makan kat rumah je.

That's all untuk setakat ni, umur 6 bulan.

Thanks for reading!


1 comment

  1. TB dah 6 bulan pun TB masih takut2 nak bagi bubur nasi.. 6 bulan 4 hari macam tu baru bagi 1st solid food.. huhu.. sebab masih risau usus baby tak ready lagi..

    ReplyDelete