Skincare beginner | The basic routine


I'm gonna write about the most basic skincare routine. BASIC. Bukan 10-steps korean skincare tu okay. Yang tu, I pun penat nak ikut. Huh! #pemalas

The basic routine





First of all, know your skin type. Either oily, dry, combination or normal.

Macam mana nak tahu skin type?
Basuh muka macam biasa. Tunggu 30 minutes hingga satu jam. Jangan apply apa apa tau dekat muka.

Kalau lepas 30 minutes, kalau rasa berminyak, oily. Kalau rasa kering/ketat, dry. Kalau t-zone je berminyak, yang lain dry/normal, you have combination skin. Kalau rasa biasa je, normal, and you are very lucky!

My skin type: dry and sensitive

#1 Cleanse

Why: 
Untuk bersihkan segala debu, kotoran, minyak dekat muka.

How:
1. Cuci muka macam biasa, masa cuci tu buat gerakan 'circle'.
2. Jangan lupa kawasan hairline, tepi telinga, leher. Bukan setakat fokus dekat pipi dengan dahi je tau.
3. Bilas guna air suam suam kuku. Jangan panas sangat, jangan sejuk sangat.
4. Lepas bilas, lap dengan tuala muka. Lap dab-dab gitu je k, jangan kuat kuat, kesian kulit muka.

When:
2 kali sehari, pagi and malam. Kalau masa mandi tu ada shampoo rambut, cuci muka last sekali. Sebab taknak lepas dah basuh rambut, kena muka jugak, lepastu biar je. Kotor la muka tu balik. Cuci muka last sekali okay.


#2 Exfoliate


Why:
Buang sel kulit mati, bersihkan pores yang tersumbat

Ada tiga jenis exfoliator.

Firstly, physical exfoliate. Yang ni paling famous, ataupun nama senang dia, scrub muka lah. Senang nak dapat dekat drugstore.

Secondly, chemical exfoliate. Yang ni yang AHA/BHA tu, kalau ada whitehead ke blackhead ke, memang elok pakai chemical exfoliator. Tapi dia bukan macam scrub yang sental sental muka pastu bilas. Chemical exfoliate ni, dia kena stay on top of skin. Macam toner. Tak payah cuci lepas pakai.

Thirdly, manual exfoliator. Yang ni macam Clarisonic & Foreo. Mahaaaaal. Tapi best!


When
Dry skin: Once a week dah cukup
Oily/Combination skin: 3-4 times a week
Bukan setiap hari tau

#3 Tone

Why:
To restore your PH balance of your skin, to shrink pores and to remove dirts & impurities.

However, I pernah baca, you don't even need toner. Why? Sebab kulit kita ni terrer, dia tak perlu pun toner untuk restore balik PH balance tu, nanti dia balance sendiri. Secondly, you can't shrink your pores (I dah pernah explain ni dekat instagram, sayat and ask fm), and lastly, kalau dah cuci muka betul betul, tak perlu dah toner ni untuk remove segala dirts and impurities. So, jimat duit tak payah beli toner hahaha but I still use toner kadang kadang, to hydrate my skin.

How:
Either you spray, kalau toner tu dah ada spray or tuang atas kapas, dab dekat kulit muka

Boleh ke pakai toner guna tangan? Boleh je. Tapi nanti kalau ada kotoran lagi kat muka, macam mana toner tu nak bersihkan? So, ikut sesedap rasa sendiri lah.

When:
After cleanser & exfoliate

Tips: Kalau oily skin, cari toner yang ada alcohol sebab dia ada drying effect, good for oily skin. However, certain people would avoid alcohol (kandungan alcohol yang tinggi) sebab terlalu drying, and bila kulit ingat dia kering, dia akan produce more oil so makin oily lah kulit tu. Dry & sensitive skin, please lari jauh jauh dari toner yang ada alcohol.


#4 Moisturize

Why:
Untuk melembabkan kulit

How:
Apply dekat muka lepas toner, make sure tangan bersih

Apa beza hydration & moisturizing?
Hydration: Bind water to our skin.
Moisturizing: Prevent water from leaving our skin. Dia halang kelembapan tu lari dari kulit kita yang kita dah lembabkan tu.

Bahan bahan yang ada dalam moisturizer:


Tiga ni bahan bahan yang penting dalam moisturizer.

Humectants ni dia macam magnet. Dia tarik water / moist dari surroundings. Can be a bit drying kalau environment kita kering. Tapi Malaysia takpe je, Malaysia kan iklim panas & lembab (tetiba).
Contohnya: glycerin, hyaluronic acid, aloe vera, honey.

Occlusive ni dia traps water. Macam pagar untuk elakkan air tersejat. Tapi kalau oily & acne skin, tak sesuai sangat. Kalau kulit kering atau dry patches, bagus. Sebab dia thick and heavy texture.
Contohnya: Petroleum jelly, cocoa, beeswax, olive oil

Basically for oily skin, kena cari yang hydrating. Dry skin, kena cari yang moisturizing.


#5 Protect

Why
Using sunscreen/sunblock to protect your skin from UV rays

Apa beza sunblock dengan sunscreen?
Asalnya, sunscreen untuk protection daripada UVA, sunblock untuk protection daripada UVB. Tapi sekarang ni, sunblock ke sunscreen ke, dia protect daripada dua dua UVA dan UVB. Nama dia broad spectrum. Kalau dia tulis broad spectrum, maksudnya dia protect daripada UVA dan UVB.

Untuk daily use, nak pakai apa?
Pakai sunscreen, lagi lagi kalau tak terdedah dekat matahari sangat, sunscreen dah cukup dah.

Berapa SPF yang paling bagus?
SPF ni cara nak kira dia, kalau awak ambil masa 10 minit untuk kulit terbakar kalau terdedah dekat matahari, bila pakai SPF30, jadi 10 minit x 30 = 300 minit baru kulit awak terbakar. Untuk daily use, SPF30 dah okay dah.

Kalau pakai moisturizer yang ada SPF15 lepastu pakai sunblock yang ada SPF50, lepastu pakai lagi foundation yang ada SPF30, jadi total SPF95?
Tak, dia ambil yang paling tinggi. Pakai banyak banyak pun, still SPF50 je.



Okay, settle dah semua 5 basic skincare routine. Ni basic je tau. I sometimes skip toner. Lepastu kalau tak keluar rumah, everyday make sure cleanse & moisturize. Ni paling wajib tau! Kena rajin jugak.



These are some questions about skincare routine at my ask.fm and sayatme. Ada yang dah jawab, ada yang belum.

Answer: Yes, moisturizer wajib pakai. Function untuk melembabkan kulit. Tak semestinya cleanser, toner, moisturizer kena pakai jenama yang sama. Campur campur pun tak apa.

Answer: Toner dulu, baru moisturizer. Kalau pakai sunblock dengan dalacin t, kena pakai dalacin t sebelum moisturizer. Turutan dia macamni: Cleanser -> Toner -> Dalacin T -> Moisturizer -> Sunblock

Answer: Moisturizer texture dia macam lotion, toner texture dia macam air sikit. Function dia ada kat atas tu dah explain :)

Answer: Wajib pakai cleanser and moisturizer kalau malas sangat. And pakai sunblock kalau keluar. Skip toner takpe

Answer: Serum elok untuk muka! Nanti kita bincang pasal serum in the future haha

Answer: Boleh je pakai semua ni lepastu pakai makeup. Lepas dah settle semua skincare steps kat atas ni, start pulak dengan step makeup. Primer, foundation, concealer etc etc.











If you have any question, boleh tanya dekat my Say At Me, or my Ask FM :)

Kalau nak try apa apa produk baru, do read reviews and ingredients first tau! Sebab kulit muka semua orang lain lain, jadi result pun berlainan. Please please please, BUAT RESEARCH DULU, sebelum nak try apa apa product yang baru sebab kulit muka ni ada satu je, sayangi kulit muka anda.

Ada juga yang sensitive dengan certain bahan. Kalau muka sensitive, baca ni dulu: Ingredients to avoid for sensitive skin

Semoga membantu!

10 comments

  1. WOW ^^ good review, actually I pun tengah nak cari produk untuk lembabkan kulit...mungkin produk ni boleh dicuba :)

    ReplyDelete
  2. This is very useful for beginners, very informative 😊

    ReplyDelete
  3. Thanks for the detailed information! I need this for daily routines ~

    ReplyDelete
  4. good detailed info.. I am ashamed of myself for sometimes skipping one or two steps...

    ReplyDelete
  5. Aiks... I skip few of the steps.. hahaha. I'm so lazy

    ReplyDelete
  6. I only last up to the first step. LOl. Thanks for the tips!

    ReplyDelete
  7. Great tips! Me only exfoliate twice a week. Mask sheet always lupa and lupa and still lupa. hahaha

    ReplyDelete
  8. I paling malas exfoliate. Hehe. Berharap pada cleanse, moisturize dan kadang-kadang pakai mask. Tu je la. Anyway, thanks share info ni. Ramai anak remaja yang memerlukannya

    ReplyDelete
  9. kak iman nak tanya, yg sblom step 1 tu nk test kulit jenis oily ka apa tu kn, nk kne basuh just dgn air sje ke?? or dgn cleanser jgk??

    ReplyDelete
  10. terima kasih kak iman..
    mya baru nak berjinak dengan dunia kecantikan ini.. :)

    ReplyDelete