Percutian yang best di Top Rated Bangkok Hotels

Kan best kalau dapat peluang untuk pergi bercuti ke luar negara sambil merehatkan minda. Lagi best kalau kita dapat pergi bercuti dengan harga yang murah dan berpatutan. 

Sekarang ni, semua tu bukan lagi masalah. Nak cuti dengan harga yang berpatutan dan murah? No problem! 





Macam mana nak bercuti dengan harga yang berpatutan dan murah? 
Senang je, sebab kita boleh pergi bercuti tanpa memerlukan bajet yang tinggi kalau kita dah booking awal awal menggunakan applikasi Traveloka semasa booking tu! Lebih-lebih lagi, korang boleh download apps Traveloka ni terus dekat handphone korang. Download je terus dari google play store untuk Android ataupun Apps store untuk iOS. 

So, lepas ni korang boleh lah buat tempahan hotel ataupun tiket penerbangan pada bila-bila masa dan dimana jua. Anytime, anywhere! 

Ok jap, tajuk utama dia sebenarnya pasal percutian di Thailand kan?

As you all know, dekat Thailand ni ada macam macam tempat yang menarik yang boleh dikunjungi seperti Krabi, Phuket, Pattaya etc etc. Wah, rindunya pergi Krabi haritu! 

Tapi kan, Bangkok juga antara salah satu tempat yang selalu dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara. 

Sebabnya?
 Bangkok ni ibu negara Thailand, yang sangat famous dengan pelbagai tempat pelancongan yang menarik seperti Chatuchak Market.  

Gambar dari sini

 Chatuchak Market ni sebenarnya malam yang terbesar didunia tau! Kalau korang plan nak pergi sini makesure datang awal sikit sebab ada 15,000 gerai yang korang boleh jumpa disepanjang pasar malam ni. 

Kalau dah visit pasar malam di Bangkok ni, of course, mestilah korang nak cari street food yang paling popular di Thailand macam banana and chocolate pancake, seafood som tam, dan yang paling famous ialah pulut mangga! Memang heaven sangat untuk korang yang memang jenis food hunters ni. 

Shopping di Terminal 21
 Untuk korang yang gila bershopping tu, don’t worry and just get the money ready je k, sebabnya ada satu tempat shopping yang sangat terkenal di Bangkok iaitu Terminal 21. Terminal 21 ni unik sebab dia shopping mall yang konsep antarbangsa. Setiap level shopping mall tu ada tema masing masing. Contohnya tema London, Paris, Istanbul dan tidak lupa juga Tokyo. 

 So, pada korang yang nak pergi holiday dekat di Bangkok ni, here are some recommended hotels for you, let’s take a look!   

#1 Euro Luxury Pavillion Hotel 
Hotel bertaraf tiga bintang ini terletak berhampiran dengan Pratunam market (0.35 km), Platinum Fashion Mall (0.38 km), dan juga Pantip Plaza (0.41 km) which is a very famous places buat korang yang berniat untuk membeli-blah kain-kain ela untuk dibuat baju.  Terdapat tiga jenis accommodation yang ditawarkan kepada tetamu iaitu Deluxe Triple Room, Deluxe Twin Room dan Superior Double Room.   

#2 Nasa Vegas Hotel 
Hotel Nasa Vegas ini terletak berdekatan dengan public transportation, dimana mudah untuk korang berjalan-jalan kesana dan kesini dengan menaiki public transport. Selain itu, ia juga terletak berdekatan dengan tempat untuk membeli-blah seperti Mall Ramkhamhaeng (1.33 km) dan juga J Avenue Thonglor (2.30 km). Ada lapan jenis pilihan bilik yang boleh korang pilih mengikut citarasa dan juga bajet korang. Hotel ni berkonsepkan modern dan kontemporari, ianya juga merupakan salah satu hotel yang famous dengan harga yang murah dan berpatutan serta servis dia yang bagus.  

 #3 TK Palace Hotel 
TK Palace Hotel merupakan hotel bertaraf empat bintang yang berkonsepkan modern dan eksklusif. Ianya terletak within the central business area Chengwattana road. Terdapat empat jenis bilik yang ditawarkan kepada tetamu iaitu Standard, Superior, Deluxe dan juga President. Bagi korang yang nak shopping, no problem, sebabnya berhampiran dengan TK Palace Hotel ni ada tempat yang sesuai untuk bershopping seperti IT Square (2.32 km) dan juga Central Ramintra (4.87 km). Selain itu, ianya juga terletak tidak jauh daripada Don Mueang International Airport (DMK), kira-kira sejauh 5.39 km sahaja jaraknya. Jadi, nanti tak perlu lah korang rushing nak berlari ke airport nanti.     



So macam mana? Mesti korang rasa tak sabar dan excited dah nak pergi bercuti ke Bangkok, Thailand ni kan. Kalau korang dah tak sabar, apa tunggu lagi? Cepat-cepat download applikasi Traveloka tu ke smart phone korang untuk menikmati harga hotel yang lebih murah daripada biasa, bukan tu je tau biasanya ada banyak promotion yang ditawarkan dalam applikasi Traveloka ni. 

1 comment

  1. Bangkok memang best! the food and shopping. Hotel yang you recommend i suka juga.

    ReplyDelete