Berbuka puasa with the girls

 Last week, I had the chance to meet and berbuka puasa with them. Padahal tak ada lah jarang jumpa, selalu la jugak jumpa setahun sekali hahaha. Last jumpa masa Abby kahwin which is 10 months ago I think


Dah kenal diorang ni dah lama sangat dah, since lepas habis SPM lagi. Masa tu kitorang join English Class dekat UIA. Takde benda nak buat, join lah English Class. Pastu tetiba je dah kawan sampai sekarang. Dah 7 tahun ++ dah


Apasal I je tema lain?? Yang lain semua warna blue black heyy selalu tau macam ni. I sorang je purple.

Kitorang berbuka dekat Roydeena Captain Burger Cafe, Wangsa Melawati. Waze je. Parking pun senang.

The interior. Ok la, walaupun a bit padat and kurang ventilation. Lighting pun malap sikit

What we ordered:

Set Jokowi platter, RM35.00. 

Ada Spaghetti Bolognese, Spaghetti Oglio Olio, Nachos, Garlic Bread and Mushroom Soup.

It was good! Spagheti dia sedaaap. Nachos tu kalau ada cheese, maybe lagi sedap. However, I personally think the price is a bit on the high side. The spaghetti maybe harga RM10 for that portion. Yang lain semua RM5, maybe? So total RM35. Not a big portion sebab I boleh habiskan satu dulang tu alone although dia kata for 3-4pax. Or maybe nafsu makan I tak macam orang biasa... Tapi best lah sebab boleh rasa semua benda

Set Hitler platter, RM35.00

Ada satu beef burger, satu grilled chicken burger, satu crispy chicken burger, nuggets, fries and nachos. Yang set ni pun, okaylah. 

 Plus, two jugs of ice lemon tea.

Lepak sampai pukul berapa entah, siap ada cake lagi, nak celebrate birthday semua orang.

Overall, I give this place 8/10. Okaylah kalau nak makan ramai ramai, bersembang, gossip, birthday celebration ke. Tempat ni, Yaya yang recommend. Nasib baik best.

Lepak sampai tengah malam. Maysaa ikut je Mummy and Aunties melepak. Good girl.

Ingatnya lepastu nak lepak mamak pulak tapi hello, ada baby ni. Tak elok lepak mamak, tak aircond, asap rokok lagi. So kitorang duduk bersembang dalam kereta je. #SelamatSikit

Thankyou girls, nanti kita lepak lagi!

6 comments

  1. Set Jokowi platter nampak sedap. Nak bawa anak ke sana untuk cuba.

    ReplyDelete
  2. What a nice buka puasa, selamat berbuka puasa :)

    ReplyDelete
  3. Selamat Berpuasa. the food look so yummy oh

    ReplyDelete
  4. Best kan sesekali melepak with old friends - remembering the good old days gitu hahaha

    ReplyDelete
  5. wow...the food look so nice!!Selamat berpuasa!!

    ReplyDelete
  6. Selamat berpuasa. The baby is cute~

    ReplyDelete