From Software Engineer to a Fulltime Housewife

Cewah macam gempak je kan tajuk. Takde menda pun sebab kerja baru 9 bulan pastu resign, tak power sangat pun. Lain lah dah kerja bertahun tahun pastu resign nak jadi fulltime housewife kan!

I graduated in June 2016. Presentation Final Year Project hari Jumaat, hari Isnin tu dah start kerja. Start cari kerja masa final year, time tu busy hantar resume sana sini sebab taknak menganggur kononnya.

Masa final sem, dapat call interview lepas tu terus attend and terus dia offer kerja walaupun time tu ada lagi tiga bulan nak habis belajar tapi takpelah accept je lah. Nampak company okay, walaupun orang kata Chinese company ni racist etc etc tapi I nampak macam okay je, terus accept kerja masa tu bulan March 2016.

First day at work.





June 2016, start kerja as Software Engineer dekat one of an IT company dekat Bangsar South. Area Bangsar South ni cantik, area baru, bangunan office pun cantik, tinggi, boleh nampak seluruh KL & Petaling Jaya. Kalau dulu, berangan nak kerja dekat office cantik yang tinggi with a nice view (dapat view KLCC lagi best), pagi pagi minum Starbucks, kasut high heels sambil tunggu lift kan? Ke I je berangan macam tu? Hahaha

Btw bawah office I ada Botanica + Co Restaurant and ada churros sedap, sila pergi try sekarangggg! (Sempat tu promote)

Sedap gila pls.


My daily life
My normal daily life masa kerja: Keluar rumah around 7 sebab biasalah nak kena redah jam pagi pagi. Marwan drive, I tidur je kat sebelah hahaha. Start kerja pukul 9 pagi, check emails from clients. Lepastu settlekan task, lunch, settlekan task. Balik kerja normally 7-8pm sebab kadang kadang clients request dah petang pukul 4-5pm, so kena jugak settle kan by that day! Keluar rumah pukul 7am, sampai rumah pukul 10pm. Bila masa entah nak ada life nya? Hahaha nasib baik office best!



Ni masa tengah busy, lunch pun makan depan laptop ha kemain la busy sangat kononnya, nasib baik makanan sedap


My job scope:
What it's like to be a Software Engineer?

Sebenarnya pretty much macam programmer, you do the codings. Syntax else-if, switch, functions semua kena power (I tak power sangat lah tapinya) Awal awal masuk kerja memang ada training, especially HTML,PHP & SQL (database). 

Senang cerita nak bagi contoh, korang ada company yang buat software untuk sekolah supaya cikgu-cikgu key-in result student, lepastu cikgu tu boleh tengok siapa highest, siapa markah terendah, purata etc etc. Students pun boleh tengok, parents pun boleh tengok. Jadi sebagai Software Engineer, korang kena fahamkan apa yang client (sekolah) tu nak. Diorang akan bagi User Requirement, jadi kena baca and fahamkan flow dia macam mana sebelum nak bina system tu. Yang penting, software tu kena function! Buat lah macam mana asalkan function macam apa yang client nak! 

My company, clients from banks. Lagi scary sebab main transaction duit, kena make sure coding tu betul, nanti duit salah masuk account orang lain, korang bayar eh! Haha k taklah, sebab tu bila dah siap, kena test system tu betul betul. Kena pergi dekat bank and test. Time tu lah banyak kena ubah and betulkan. Lagi lagi bila client complain cakap system tak function, time tu jugak kena pergi dekat client site! Nasib baik my team, client site senang nak pergi. Dekat LRT Masjid Jamek je. Seronok pergi client site sebab semua baik baik siap offer makanan lagi hahaha 

Stress? Stress bila tak dapat buat apa yang client nak. Tak faham apa yang dia nak pun masalah jugak. Tak faham slang bila bercakap, misunderstanding, tapi semua tu tak boleh tau. Kena jugak faham. Takde alasan! Tapi most of the time, seronok sebab ramai seniors bagi tunjuk ajar even diorang semua Chinese okay, dah semua guys! Dalam my company, asalnya ada dua je female programmer. Yang lain semua guys, and Chinese so of course la diorang semua power gilaaaaa. Tapi tak sombong langsung.

Basically it's fun. Haha semua benda fun kan Iman ni. Because I really enjoyed working there and I really love what I'm doing, rasa manusia yang berguna walaupun entah apa je lah kan contribution aku dekat company tu hahaha syok sendiri betul

Confirmation letter lepas probation!


What I love about my job:
I love the environment, sebab it's like a dream came true boleh kerja dekat tempat yang best. Office punya environment pun best sebab majority semua muda muda, tak kahwin lagi. Almost 60% Chinese and 40% lain lain (Malay, Indian, etc etc), tapi yang bestnya, boss provide surau ok! Surau dalam office walaupun berapa ramai je yang nak guna, kan? 

Office best, my CEO is a woman so dia bawak anak dia yang umur setahun everyday pergi office! Pantry ada free biscuits & drinks, ada tempat lepak, tempat tidur siap katil, games, xbox. Suami I dulu selalu balik lambat sebab lepak main FIFA amboi amboi amboi. Meriah betul k office!

Semua ni free, kemain ha makan

Setiap hari Khamis order Chatime sebab buy 1, the second one RM1 je. Omg I miss this

Why I resign?
Sebab nak jaga anak! Walaupun kerja best, tapi tak boleh terima yang jumpa anak berapa jam je sehari. Kerja balik lambat, kalau hantar area rumah, malam berapa jam je boleh main. 1-2 jam maybe? Pepenat I beranak, main 1-2 jam je sehari? I kenot do dis. Unless kalau boleh bawak anak pergi office, or I can work from home.

Nak duduk rumah jaga anak je, income tak ada pun tak apa lah, yang penting anak membesar depan mata. Luckily my husband and my family memang bagi support, tak apa duduk rumah jaga anak. It's not an issue lah. I know ada orang yang parents tak bagi resign, dilemma nak jaga anak tapi parents suruh kerja jugak.

Walaupun orang cakap, kita perempuan, kena jugak kerja, mana tahu jadi apa apa, kita boleh survive hahaha okay okay. Being career woman is fun and very rewarding, dapat gaji sendiri and semua simpan, boleh shopping suka hati yes yes I know. Tapi tu semua orang yang cakap. Kita ikut je lah hati kita sendiri kan. 

Sedih memang la sedih sebab seronok kerja, kawan kawan kerja, ada suami yang kerja satu company jugak. But that's okay, tengok Maysaa membesar dengan gemuknya setiap hari pun dah bahagia.

Seminggu sebelum bersalin, dekat client's site. Dah nak bersalin pun tetap kena pergi client site okay, with public transport. Even dua hari sebelum bersalin pun still jalan naik LRT hahaha

My last day at work. 



Life right now?
Membesarkan Maysaa je lah. Tak ada lah surirumah berjaya pun. Surirumah tak berguna ada lah hahaha. Baru sebulan lebih duduk betul betul dekat rumah lepas pantang haritu. Orang tanya, ada buat income sendiri ke dari rumah? Setakat ni tak ada lagi. Nak sambung business yang dulu dulu zaman belajar sebelum kahwin, malas lagi. Entah lah bila nak rajin :p

Boring? Belum lagi sebab selalu jumpa kawan kawan at least once a week, selalu balik rumah parents and parents mertua, and banyak rupanya kerja-kerja rumah yang nak kena buat ok!

But I'm happy with my decision to resign and jadi surirumah sepenuh masa. It's my dream life! :)

Imaan Maysaa kesayangan Mummy & Daddy <3

14 comments

  1. wow software engineer. You ambik course apa dulu dekat UIA? btw suka baca blog iman :) Keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat UIA ambil majoring Electronics-Computer Information Engineering :)

      Delete
  2. Ya Allah. I adore you very much! Maysaa is so cute. Haha

    ReplyDelete
  3. kenapa....cita cita kita sama... ? ahahahahaha #mummyAlthaf

    ReplyDelete
  4. wow... on the way persuing your dream and end of the day ou choose to be full time mom... is a big courage!!

    All the best babe - Racheal Loh

    ReplyDelete
  5. Well sometimes we earn less but the fulfillment of spending time with the children is better.

    ReplyDelete
  6. Family come first. Sometimes it's not easy to give up a career to start a family. It's worth it.

    ReplyDelete
  7. Kak iman ambik course tu kkan perlu ada sains ke? Saya tak ambik sains tapi saya ada course ICT Tpikan saya minta macam kak iman hehehe �� Hope boleh jawabkan thankss kak iman i like you blog!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu. Course ICT pun boleh je :)

      Delete
    2. kak iman perlu mahir dalam subjek apa ye?

      Delete
  8. i pun baru lepas beranak 24 feb haritu . and still counting nak resign or kerja je . balik kerja dapat main dengan 1-2 hours tu dats true beb . and setiap kali nak pergi kerja sedih sangat nak tinggal kan dia sebab dia suka buat muka sedih tiap kali ummi dia nak pergi work ! oh god ...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Kak iman, kalau ambil diploma sc comp, nanti degree boleh ke ambil electronics-Computer Information Engineering?

    ReplyDelete