Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Pengalaman bersalin

Warning: This is gonna be a suuuper long post :p

Rabu 8/2/2017

Hari ni dah 38 weeks ++ pregnant. Semalam last day kerja, saja ambil cuti awal sebab ada seminggu lebih untuk rehat rehat dekat rumah, mengemas, packing barang nak sambut kehadiran baby (kononnya). So pagi ada checkup dekat hospital macam biasa. Pukul 9 pagi terus pergi hospital, nurse kata "Awak dah nak due kan? Boleh lah pergi buat CTG dekat labour room". Lepas tu dia bagi slip kertas.



Dalam hati, CTG tu apa pulak...

Rupanya CTG tu cardiotocography, nak check baby's heart rate dengan contraction. Yang dia ikat belt dekat perut tu. Tapi masalahnya tak rasa sakit apa pun, kenapa nak kena CTG ni...

Terus pergi Labour Room tapi bukan nak bersalin lagi okay!




Sempat update instastory. Sebab kena baring dalam 30 minutes.


My CTG. Yang belah kiri punya bacaan tu (141) tu baby's heart rate. Normal around 110-160 so kiranya normal lah tu. Belah kanan yang percentage tu contraction. (Entah lah I pun tak faham, sorry bukan doctor hahaha) Tapi time ni serious tak rasa apa apa.

Lepas dah habis CTG, nurse nak check bukaan, aka VE, aka seluk. Orang kata seluk ni sakit gilaaaa. Tapi nurse yang buat ni baik, so rasa macam mild discomfort gitu je. "Dah ada bukaan nak dekat 2 cm ni puan", nurse tu kata. 

Oh wow, tak sangka pulak dah ada bukaan. Maybe sebab masa kerja tu rajin sangat berjalan. Habis kerja gigih jalan pergi naik LRT, dalam LRT pun kadang kadang tak dapat seat kena berdiri dengan perut boyot tu, merayau pergi Nu Sentral la, sometimes tukar train dekat Masjid Jamek and jalan dekat Sunway Putra Mall lah ha bayangkan banyak betul berjalan, setiap hari macam tu!

11am

Lepas tu tunggu turn jumpa doctor pulak.

*mengada*

Jumpa doctor, dia scan tengok baby okay je, berat dah 3kg, semua normal. Lepastu doctor pulak nak check dah berapa bukaan astaghfirullah seriau betul. Doctor kata, "Okay dah bukak 2 cm ni. Baju semua dah bawak ke?" Hahaha memang lah baju baby dah siap packing tapi banyak lagi benda lain tak packing and tak habis shopping

Lepastu doctor tanya lagi, "So, awak nak bersalin petang ni ke esok pagi?". And I'm like, serious lah kena bersalin dah? Sabar lah jap, semalam baru je last kerja, nak rehat seminggu dulu please, tak rasa sakit apa pun lagi ni. Okay fine lah. Bersalin je lah. I redha. Doctor suruh admit je malam ni, esok pagi kita bersalin.

1.00 PM
Nak admit tapi bilik semua penuh. So kitorang balik dulu, pergi makan jap dating, balik rumah packing then pergi hospital semula untuk admit.


My hospital bag. Takde lah banyak sangat pun barang nya.


5.30 PM
Datang hospital balik untuk admit, tapi bilik still penuh so lepak labour room.

7.30 PM
Kitorang pergi solat maghrib, Marwan keluar beli Pizza Hut lepastu kitorang makan sesama sebab teringin!

Bandung ais tu penting sebab nanti lepas bersalin kena pantang ais!


11.00PM
Baru ada bilik kosong tapi bukan single room, ada shared 4-bedded je tapi takpelah walaupun sempit and Marwan tidur atas lantai je. Malam tu tidur dengan lenanya padahal esok nak kena bersalin. Sorry I kaki tidur :p


Khamis 9/2/2017

Pukul 4 pagi nurse kejut suruh mandi and siap awal awal sebab pukul 8 pagi nak masuk labour room dah. Dia masukkan ubat ikut punggung nak kosongkan usus katanya. Tapi lepastu diorang bagi breakfast so I pun tak faham whats the point haha. Mandi awal pagi bersih bersih siap shampoo lagi sebab kengkonon nak fresh and wangi masa bersalin nanti. Lama betul mandi, ada lah kot nak dekat sejam. Lepastu nurse datang check bukaan, time ni taktahu kenapa sakit gilaaaa dia check bukaan, mengerang jugak lah sebab apasal sakit sangat ni. Dah 3cm katanya.

Marwan kata check bukaan ni dengar I menjerit pun dia seriau, terus dia nervous nak masuk Labour Room nanti entah camne I jerit hahaha



Sempat tangkap gambar flatlay nak masuk labour room ok! Air mineral, air zamzam, kurma, quran and stokin takut sejuk.

8.00 AM
Nurse ajak pergi labour room tapi takde lah nak wheel chair ke apa cis tak boleh nak drama bersalin sebab takde sakit apa pun. Nurse suruh salin baju pakai baju pink. Siap boleh tangkap gambar lagi. Lighting labour room pun cantik. Lepastu update family cakap dah masuk labour room ni.



Nurse buat CTG lagi sekali and check bukaan. SERIOUSLY I STRESS. Sebab makin lama makin sakit pulak kena seluk ni, tak puas hati betul. Still 3cm.

Lepastu dia masukkan drip nak kuatkan contraction. "Ubat ni buat awak rasa makin sakit tau", dia kata. Ish nervous pulak rasa.



10.00 AM
Nurse check bukaan, dah 4 cm. Time ni dah sakit sangat dia seluk, sampai kena pakai gas nak bagi khayal. Rasa nak mengamuk pun ada gak haha. Then nurse pecahkan air ketuban. Rasa panas panas air mengalir macam kencing gitu. Konfius kencing ke ketuban ni. Lepastu tanya nurse, agak agak bila boleh bersalin. "Lagi dua tiga jam boleh kot bersalin ni". Okay by pukul 1 tengahhari boleh bersalin lah kot ni.

12.00 PM
Nurse check lagi bukaan. Time ni dah penat dah tahan sakit, penat menggelupur dia seluk. "Tak ada cara lain ke nak check bukaan? Sakit sangat ni". Sakit kena seluk je, contraction tak kuat sangat siap boleh tidur lagi. Tapi harapan lah, still jugak kena seluk. Sakit sampai meronta ronta sampai patah tube gas tu sebab ganas sangat meronta ronta hahaha. Baru 5 cm. Fine. Lepas tu rasa nak terkencing, terus tanya nurse, tapi tak boleh sebab dah masuk ubat nanti tumbang dia kata. Nurse masukkan tube je untuk kencing. Sakittt makkkk

1.30 PM
Apasal tak bersalin lagi ni. Mengantuk ni. Sakit sikit sikit je ni. Marwan kata Ummi nak masuk labour room nak tengok tapi nurse garang tak bagi masuk. Suami je boleh teman, orang lain tak boleh. Sebab dia malas kot nak drama drama nanti mak mak ni biasa suka complaint hehe

Sambil tu baca baca ayat kursi, 3 qul, doa nabi yunus, al-insyirah. Kena selawat banyak banyak. Marwan bacakan surah Maryam nak bagi dipermudahkan bersalin.

2.00 PM
Kenapa tak bersalin lagi... Tapi sakit dah ni... Tapi boleh tahan, tapi sakit. Bila nurse masuk je terus tanya, "Bila saya nak bersalin ni, tadi cakap by tengahhari. Ni dah pukul 2!". Nurse suruh sabar je. Sambung tidur balik.

3.00 PM
Sakit sangat sangat, panggil doctor, doctor kata dah 6 cm. Terus merayu mintak epidural sebab tak tahan sangat. Doctor kata kejap, sebab ada orang lain nak bersalin pulak. Lepasni dia bagi epidural. Tapi tiap 5 mins panggil nurse suruh cucuk epidural sebab tak tahan sangat. Setiap kali contraction rasa nak tercabut besi, pakai gas tu pun tak hilangkan sakit langsung, mengerang sakit. Marwan tolong urut urutkan belakang je boleh.

3.45 PM
Nurse dengan doctor datang, tapi dia cakap epidural kena duduk tegak, diam diam. Lepastu nurse tanya Marwan, "Awak rasa isteri awak boleh ke duduk diam nak cucuk epidural? Sakit macam ni pun duduk tak diam meronta ronta?". Hancur lah harapan epidural ku. Tahan je lah sakit sampai nak nangis pun tak mampu. Dah lah perut kena strap dengan CTG tu, baring pun tak selesa, nak mengiring pun susah, semua benda tak kena. Siap cakap dengan Marwan, "This is the one and only child. Taknak beranak dah, sumpah!" (Time tu je lah)

4.30 PM
Nurse pesan kalau rasa nak buang air besar je, cakap. Jangan pandai pandai push. Tapi tak rasa nak membuang pun. Rasa annoyed je setiap kali contraction. Nurse masukkan tube untuk buang air kecil sebab asyik terasa je.

5.00 PM
Sakit sangat sangat sampai dah tak tahan sangat, setiap 2 mins contraction tu. Baru nak rehat jap, datang lagi sakit tu yang memang tak boleh duduk diam, biasa kalau senggugut boleh tahan lagi even sakit gila senggugut, boleh duduk diam and sabar and tertidur. Ni takda maknanya. Habis kaki katil tu ditendang tendang, besi sebelah tu bergegar gegar amboi kemain tau. Nurse pun check bukaan sebab nampak sakit sangat, "Dah 10cm dah ni, dah boleh teran."

Wahh terus rasa bersemangat. Let's do this! Doctor dengan nurse terus pakai baju dengan glove, rasa macam tengok Grey's Anatomy bila tengok diorang get ready. Katil pun berubah, dia tarik keluar half of the katil so katil jadi separuh, punggung tu betul betul dekat tepi katil and kaki angkat ke atas then dia strap. Lepastu dia pakaikan seluar yang nak tutup aurat bersalin tu, padahal semua perempuan dekat situ tapi dia still jaga aurat patients.


Lebih kurang macam ni lah tiba tiba katil tu transform.

Baru ingat nak aplikasikan tips meneran taknak bagi koyak yang biasa orang cakap:
1. Jangan angkat punggung -- Tapi entah lah tak sempat fikir dah time ni
2. Pegang pergelangan kaki -- Kaki dah kena ikat. Nurse suruh pegang besi katil, and tarik besi tu kuat kuat bila nak push.
3. Dagu rapat ke dada -- Time ni nurse suruh Marwan tolong tolakkan kepala bagi rapat ke dada
4. Breathing kena betul. Masa nak teran tu nurse suruh ambil nafas panjang panjang pastu lepaskan nafas masa tengah teran. Nurse tolong kirakan. "Satu, dua, tiga, empat..." Pastu dalam hati macam eh lamanya kena teran ni. Pastu ingatkan nurse kira sampai 10 je, cis rupanya dia kira sampai 20. Penat rupanya meneran ni
5. Jangan jerit/keluarkan suara masa meneran. -- Hello I mestilah ada sound effect menjerit kasi feel sikit nak push time beranak kan hahaha pastu nurse kata simpan tenaga jangan jerit, hembus nafas slow slow je, JANGAN BUKAK MULUT. Okay okay baiklah.

Tak tahu lah berapa kali try push tu tapi banyak lah jugak, orang kata nanti rasa "ring of fire" yang rasa macam panas gila sebab kepala baby stretch kan bawah tu tapi tak rasa pun, kena gunting pun tak rasa, sebab nurse ada cucuk painkiller rasanya.

Dah puas teran tu ada lah kot 20 minutes rasa macam cepat lah keluar baby, cepat lah. Nurse siap tolong tolakkan perut kuat kuat kasi baby keluar cepat sikit. Akhirnya alhamdulillah tepat pukul 5.40 petang, keluar lah baby, taktahu la meluncur ke apa sebab tak rasa sangat, then doctor terus letak atas dada.

My first thought: "Eh panas nya baby ni, besar nya, awat tak nampak besar pun perut time pregnant, macam mana dia boleh fit dalam perut?" Hahaha tak sempat nak terharu ke nangis ke apa, happy je rasa. Lepastu Marwan guntingkan tali pusat dia and nurse bersihkan.

As cliche as it sounds, yelah bila pegang je baby, rasa hilang semua sakit bersalin cewah. Senyum je memanjang bila tengok baby, semua gambar candid yang Marwan tangkap semua tengah senyum je padahal sebelum tu kemain sakit tau

Sambil tunggu nurse bersihkan baby, doctor keluarkan uri and jahit. Tak sakit sebab ada bius rasanya, dua kali dia cucuk dekat peha tapi rasa lah kena jahit tu. Bila tanya doctor ada berapa jahitan, banyak ke, doctor jawab, "Awak tak payah fikir lah" hmmmm maksudnya banyak lah tu hahaha sebab doctor jahit lama lah jugak and rasa macam banyak

Bila baby dah bersih, lepas dah azan & iqamat semua, tahnik kan baby (letak kurma dekat langit langit baby) lepastu breastfeed kan baby. She latched perfectly :')


My babies <3


Lepastu nurse ambil baby nak check, and nurse bersihkan I, pakaikan baju semua and tolakkan balik ward. Dekat ward, semua family dah tunggu dah. Diorang tunggu dari Zuhur kot sebab kengkonon ingat bersalin time Zuhur, rupanya nak dekat Maghrib baru settle semua


Ummi and Nina yang dah upgrade jadi Cik Su

Ummi mertua and adik adik ipar



My beautiful baby girl, 3.03kg, 50.5cm. Semoga menjadi anak yang solehah <3


Malam tu tak tidur sebab happy merenung baby. Indahnya dunia ini rupanya. Thankyou suamiku tercinta sebab teman dari awal sampai akhir duduk dalam labour room. Thankyou family ku yang tunggu berjam jam kat luar labour room sebab baby taknak keluar keluar hehe

Welcome to the world my darling. Mummy & daddy love you. Nenek, Tok Ayah, Tok, Tokki pun sayang awak. And also your 4 uncles, 5 aunties and 1 cousin... (And more to come)