My pantang essentials

Personal hygiene:


1. Pad - Libresse Overnight -- Yang ni pakai untuk the first two weeks. Lepastu dah tak heavy flow, pakai pad biasa macam masa period je. Padahal dah beli tau yang maternity pad biasa tu tapi malas pakai sebab rasa tak selamat, ada loop loop amenda entah tak faham I, last last pakai yang biasa je

2. Disposable panties -- Masa tengah heavy flow, and still sakit, tak kuasa nak basuh basuh panties, sayang pulak tu kalau bocor. Pakai  disposable punya je, boleh terus buang. Beli dekat guardian/watsons.

3. Toilet paper & hair dryer -- Kena bagi kering okay kawasan tu. Make sure kering!

4. Antiseptic wash -- Yang ni hospital provide untuk basuh tempat luka jahitan tu everytime lepas pergi toilet

Breastfeeding essentials:



1. Nipple cream -- I bought Lansinoh sebab kakak ipar yang suggestkan tapi susah nak dapat dekat Malaysia so order online je. Yang ni penting masa awal awal nipple crack, berdarah, so this cream really helps. Tapi kalau nak simple, sapu je susu dekat nipple after every feeding kalau risau pecah / berdarah.

2. Breast pad -- Wajib sebab taknak susu meleleh kena bra/baju terus nampak selekeh.

3. Nursing bra -- Senang nak breastfeed baby. Dulu fikir macam ala pakai bra biasa tak boleh ke? Boleh je, tapi susah. Try lah. Seminggu I struggle pastu giveup, I need a nursing bra haha tu lah sombong lagi. Senang kerja pakai nursing bra!

4. Nursing pillow -- I pakai Dream Genii Pillow tu je yang beli masa pregnant, review here: Review: Dreamgenii Pregnancy Pillow

Kalau perlu, breastpump, bottles, breastmilk storage etc but I direct breastfeed so tak beli segala mak nenek ni lagi

Barang pantang melayu:

1. Socks
2. Bengkung
3. Kain batik
4. Batu tungku
5. Set pantang

Yang ni boleh tengok entri ni: My pantang melayu routine

Others:


1. Snacks -- I love Belvita. Dah berkotak kotak beli and makan sebab breastfeeding cepat lapar.

2. Botol air -- WAJIB WAJIB WAJIB. Time breastfeeding jadi haus sangat

3. Hand cream -- I don't know why tangan jadi makin kering

4. Lipbalm -- Bibir pun makin kering so perlu pakai lipbalm

5. Duphalac -- Ubat sembelit. Everyday makan 15ml supaya takde drama pergi toilet. Totally life saver!

6. Pil calcium -- Sebab malas minum susu

7. Sanitizer -- Tangan kena bersih pegang baby tapi ni sanitizer saja nak wangi je :p

8. Face mist -- Ni guna masa malam malam nak breastfeed baby or salin nappy dia ha kalau mengantuk, spray je benda ni or during the day, nak freshen up

9. Dry shampoo -- Masa pantang bukan setiap hari basahkan rambut, jadi dry shampoo ni untuk freshen up!

Meja tepi katil tempat I campak segala keperluan


Ni semua keperluan diri sendiri ya kalau bakal mak mak baca. Mana lah tahu boleh buat jadi rujukan kalau nak cari senarai keperluan berpantang untuk diri sendiri nanti :)

2 comments

  1. Assalamualaikum.. mana nak beli breast pad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat kedai baby or manjaku pun ada :)

      Delete