3D/4D/5D HD baby scan

As an excited mum (obviously), I was so excited to have 3D scan sebab nak tengok muka baby. So masa 28 weeks, I booked my session at Klinik Dr Nurul, located at Cheras. The facebook page, here.

First time datang, klinik selesa plus wangi! And tak ramai orang sebab kena book dulu before datang.

While waiting for my turn.

3D scan: Gambar baby in 3D
4D scan: Video
5D/HD scan: Gambar & video baby in HD (omg!)

Price: RM89 including CD. Printing tak provided, kalau nak, pandai pandai print sendiri ok. Tapi ni harga promotion. Normal price RM199. Kena selalu check Facebook diorang and terus book bila ada offer.

Unfortunately masa ni, the baby tidur meniarap and taknak bangun. Even the sonographer dah puas kejut, gegarkan perut kemain, dia still tidur taknak bangun. Just like her dad. Fine baby fine. So, sebab tak dapat nak tengok baby, it's free of charge.




The next time datang (gigih taknak giveup tau tengok baby), during the 31st week. Nurse pesan suruh makan ice cream dulu so that baby tak tidur.

This time sonographer lain pulak. Baik je. Bilik scan pun best. Ada TV besar untuk tengok scan baby tu and sofa for the dad untuk duduk lepak macam lepak tengok TV pulak.

But this time, baby dah besar, muka dia dekat sangat dengan uri. Position dah cantik dah menghadap ke atas. Kemain cium cium uri taknak lepas. Susah nak nampak muka, and tangan dia pun tutup muka.

This is the best 3D image. Hi baby <3

Nampak hidung dengan mulut je. Since kali ni pun fail jugak, tak nampak full muka baby, so free of charge jugak.

It's okay baby, asalkan sihat. We'll see lepasni nak repeat lagi scan ke tak (still gigih!)

P/s: 2D detailed scan pun ada, more to tengok organ dalaman baby such as jantung, paru paru, usus, tulang, kaki, tangan, jari cukup ke tak, almost everything. Tapi boleh buat masa baby around 18-24 weeks. Masa tahu wujudnya detailed scan ni, baby dah besar so tak sempat nak buat. Noob betul baru tahu....

No comments