Singapore Half Day Redah Trip

(Post basi dah dua bulan yang lepas sebenarnya)

28th May 2016. It was during study week ada gap sikit exam so saja holiday dekat Johor, tidur dekat Desaru sebab Ayah mertua memang duduk situ so duduk free je lah. Lepastu rasa nak pergi JB la kejap, sebab Sephora tengah sale. Suddenly rasa macam eh dah sampai JB ni, jom lah singgah Singapore. Nasib baik passport memang bawak sebab simpan niat dalam hati nak pujuk suami gi Singapore bila sampai JB. #tips

Padahal dah pukul 2 petang, takde niat pun nak tidur Singapore sebab hello, duit? Tidur bawah jambatan takpelah. So kitorang redah je.

Nasib baik custom sebelah Komtar JBCC je, so lepas shopping dekat Sephora, jalan kaki lintas jalan pergi sana. Dah la jalan jauh gila dalam bangunan tu padahal nak lepas imigresan je pun, dah la sesat dalam bangunan sebab tak survey apa apa, main redah je. Kitorang tukar duit, $1=RM3.

Dah settle cop passport, turun bawah cari bas. Naik je lah bas mana mana asalkan sampai MRT Singapore, pastu pepandai lah kitorang fikir. Naik bas sorang bayar RM1.50 je!!!! (Jakun sikit sebab murah) Bas CW1 tak silap, pergi MRT Kranji. Bas tu perjalanan 10 mins je.

Sampai Singapore, kena turun dulu bas, jalan lagi masuk imigresan dekat Woodlands, beratur, isi borang, cop passport. Lama betul proses ni. Ada lah kot 30 mins. Lepastu naik semula bas pergi MRT Kranji. Tak payah bayar sebab dah termasuk RM1.50 tadi. Dari Woodlands pergi MRT Kranji, 10 mins jugak.

Kena isi borang.

Sampai MRT Kranji, kitorang decide nak pergi Orchard sebab situ ada banyak mall, ingat nak window shopping sikit. Tak beli tourist daily pass $10 sebab fikir ala, bukan nak gi jauh sangat pun kan (kononnya)

Singapore's MRT map.


Nasib baik MRT Kranji tu satu line dengan Orchard, (yang warna merah tuuu) takpayah turun nak train. Tapi lama jugak lah dalam train tu, 40 mins!! Macam dari LRT Gombak ke Kelana Jaya. Hujung ke hujung!

Depan ION Orchard.

Jalan jalan window shopping, acah acah jadi tourist, masuk malls yang ada dekat situ, ada banyak! Tapi semua benda lagi mahal dari Malaysia so cam kayy, balik KL je lah shopping.

The only thing that I bought is from LUSH sebab LUSH takde dekat Malaysia.

Haruslah try bath bomb!

Habis jalan, nak pergi Marina Bay, dengan dekat mermaid lion tu kannn. Naik MRT from Orchard, pergi Marina Bay. Line warna merah tu jugak. Rupanya baru tahu yang lion tu jauh gilaaaaaa kena jalan. Nangis. Tengok dari jauh je lah sebab tak kosser ok nak jalan.

Ala ada pakcik la pulak hahaaha.

Patutnya turun dekat Raffles Place (sebelum Marina Bay punya stop), baru lah boleh tengok Merlion tu dekat dekat. Siapa suruh tak survey! Lain kali turun situ tau!



Dah penat tengok Merlion dari jauh, nak pergi IMM dekat Jurong East sebab dia Singapore's largest outlet mall. Suami I lah nak pi tengok tengok barang. Naik MRT line warna hijau tu pulak pergi Jurong East. 


Lepastu baru sedar tak makan apa apa lagi, lapar sangat, cari fast food pastu kena make sure halal pulak. Beli ayam dua ketul dengan air, $10 kalau convert jadi RM30 cis mahal betul tau dakk.

Dah malam, from Jurong East, naik MRT line mrah tu pergi MRT Kranji semula sebab nak balik JB dah. Biasalah malam time time orang balik kerja kot, punya lah ramai orang, penat sangat nak melalui proses imigresan, dah la ramai orang, dalam bas kena berdiri, jam. Naik bas balik JB tu bas yang sama masa pergi, kos $1 = RM3. (Double harga)

Finally sampai pun JB semula. What a day. Padahal separuh hari je tapi berjalan non stop!



Apa lagi, rasmikan bath bomb lah!

Life is good.

Total JB-Singapore-JB by bus = RM4.50/sorang
MRT around $12 = RM36/sorang. Baik beli tourist pass tu $10 je.
Makan $10=RM30.

Tu je lah total spending. Tak sangka murah je naik bas dari JB pergi Singapore. (Tapi penat) (Penat gila) (Sumpah penat)