[Review] Bourjois Healthy Mix Serum

Hi.

Selama ni malas pakai foundation sebab rasa tak perlu, malas, leceh, bedak pun okay and macam macam lah. So saja lah nak try Bourjois Healthy Mix Serum ni.(Sebab harga affordable) Review pun banyak yang bagus. Meh sini nak try sikit.


Price: Around RM55
Where to get: Selected Watsons / Bourjois kiosk at Sunway Pyramid
Shade: #52

Packaging
Slim glass bottle. Tapi takpe campak campak pun tak pecah tapi jangan lah campak suka hati pulak. Senang nak bawa travel. Dia ada pump so tekan je pump nanti keluar. Tak payah nak cedok ke apa ke.

Scent
Disebabkan bahan utama dia buah, bau dia pun macam buah, best! Fruity-scent gituu.



Texture
Light texture, untuk light coverage je. Tak pekat, kalau letak dekat tangan, nanti dia macam mengalir sikit.


Ha nampak tak, macam nak mengalir sikit. Yang atas tu yang dah blended.

Coverage & Finish
Light/sheer coverage, okay lah nak conceal redness and dark circle sikit sikit. Dewy finishing and nampak natural dekat kulit, tak nampak macam bercapuk ha makeup tu. Boleh feeling flawless jap.

Before (tak pakai apa apa dekat muka)

After. (Foundation je, tak pakai benda lain lagi)

Overall
Rating dekat MakeupAlley is quite high, 4.1/5. (By the way, MakeupAlley ni website best kalau nak tengok review makeups, ada banyak review and boleh compare banyak products!)

Pros:
  • Best untuk dry skin (like me) sebab dia tak bercapuk sangat. Kalau dah moisturize kulit, and pakai primer, better.
  • Natural coverage
  • For daily use
  • Yellow undertone, sesuai lah untuk kulit orang Melayu ni
  • Affordable

Cons:
  • Tak long lasting. Around 5-6 hours je.
  • Light coverage, means kalau ada parut ke dark undereye, kena pakai concealer
  • I got breakouts! Lepas pakai nanti bila remove, naik merah merah tapi dia cepat hilang so okay takpe, dimaafkan.

My rating: 4.5/5!

That's all. Thanks for reading!

3 comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kak iman nak tanya, apa beza dia dgn yang healthy mix foundation lagi satu tu? Mana best pakai?

    ReplyDelete