Fuego Troika Sky Dining Review

16 October 2015 hari tu birthday suami yang ke 23 (Dah lebih tiga bulan baru nak blog zzzzz hahaha) so I decided nak pergi tempat romantik sikit. Acah acah buat surprise lah. Dia kena book dulu sebelum nak pergi, book dekat website je. Lepastu special request, nak duduk tepi railing (sebab nak view cantikk!). Dia ada dua session, 6.30pm and 8.30pm. I choose pukul 6.30pm sebab nak tengok sunset.

View dia antek ngaaaaat. Rasa nak duduk sini forever hadap view ni.


Fuego ni dekat tingkat 23, dekat bangunan The Troika, Tower B. Ada banyak lagi restaurant dekat Troika Skydining ni, Strato, Claret, Cantaloupe dengan Fuego. Fuego ni best sebab dia outdoor so view lagi cantik.


Lighting gelap kemain tau, tak nampak makanan. Ni Soft Shell Crab as Nachos, RM35. Belakang tu lupa dah apa tapi beef lah.

Yang ni PALING SEDAP. Berries Pavlova, RM35. Rasa nak pergi Fuego lagi semata mata nak makan Pavlova ni je.


Selfie satu sementara tunggu makanan walaupun lighting dia kemain teruk...


Gambar wajib! 

Service: 5/5
Waiter sangat helpful, lepastu dia cakap yang mana ada wine or not, boleh request makanan taknak wine, lepastu serving speed laju jugak, and waiters dia takdehal nak layan ambilkan gambar.

View: 5/5
Like, obviously! View paling best.

Food: 4/5
Pavlova dia je best, yang lain rasa biasa je lah. Takde lah nak repeat.

Harga dekat website dia dah list, lepastu minimum spend kat sini, sorang RM100. 

Address: Level 23a, Tower B, The Troika, 19 Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia Phone:+60 3-2162 0886  
Website: www.troikaskydining.com/fuego







My birthday boy <3