Cameron Highland Trip 2015

Day 1

Bangun pagi pagi semangat nak pi Cameron ni, pukul 10 am janji tunggu dekat tangga besar UIA, tunggu Muja & Muadz pickup from Kuantan. Lepastu lalu PLUS, guna waze. Waze kata Exit dekat Sungkai, lepastu masuk PLUS balik, baru exit Tapah. Kalau straight Tapah, jam. Lepastu bergaduh dalam kereta, nak ikut waze exit Sungkai #TeamSungkai or nak straight je redah sampai Tapah #TeamTapah . I #TeamSungkai so menang 3 vs 2, so kena lalu Sungkai hahaha.

Yes, itu dia driver dan co driver kita!


Tol Damansara-Sungkai RM14.10. Lepastu masuk PLUS semula lalu Bidor, exit Tapah, so Bidor-Tapah tol RM2. Total tol RM16.10 sehala.

Dah exit Tapah, get ready jalan mabuk nak naik Cameron sepanjang 60km. Seriously mabuk rasa menyesal eksaited nak pi Cameron. Tapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak naik Cameron no patah balik.... *tidur*

Ladang Teh Boh, Brinchang (Free entrance)

Bukak je mata, eh dah sampai hahaha tak guna betul Iman. Took us around 3 jam setengah from Gombak to Cameron. First stop, Ladang Teh Boh. Jalan rasa tak berpijak di bumi yang nyata sebab baru bangun tidur and mabuk and lapar tak makan dari pagi. Lepastu emo woi kenapa takde siapa bagitahu nak naik ladang teh ni kena mendaki tinggi, penaaaat! Kenapa takde cable car??? K emo sensorang takde sape nak layan hahaha

"Sabar lah Sayang, Abang kan ada" ---> Realitinya tak cakap gini pun zzz

Nasib baik view cantik, boleh tangkap gambar bebanyak. 100 markah!

Lepas dah puas tangkap gambar, perut pun lapar cari makan, sebaik dekat Tanah Rata ada makanan panas, so order Nasi Ayam satu untuk alas perut.

Then check in dekat Fathers Guest House, best sebab dia macam rumah tapi ada bebanyak bilik so boleh pilih bilik mana, kitorang suami isteri ambil bilik yang toilet dekat dalam, RM120 satu malam and memang selesa and best sebab first time duduk guest house, so rasa wow bestnya rasa cam backpackers okays.

Our room.

Dekat luar ada tempat lepak siap boleh buat kopi and teh haa best kan

Living room boleh lepak kat sini

Big Red Strawberry Farm (Free entrance)


Motif utama dia, nak makan bebenda camni lah and tak mahal sangat pun. Range macam RM6-RM7 camtu je rasanya. 

Lavender Farm (Entrance fee RM6)

Pergi ni nak dekat maghrib. Katanya ada drama dalam kereta tapi biasalah I tidur je sepanjang perjalanan hahaha bukak mata je eh dah sampai hmm okay tapi lighting tak best aaaa sebab dah gelap so gambar tak cantikkkk

Brinchang Night Market

Ni paling best sebab banyak strawberry and makanan sesedap, LOVE. 

Ais krim strawberry wajib ok. RM1 satu.

Balik guesthouse, lepak dekat meja makan sambil gegossip pastu tidur!

Day 2

Bangun pagi pagi, pastu suruh the guys lepak la korang, girls nak buat benda penting which is, MAKEUP. Menuntut ilmu makeup dengan Muja jap, sesiap, and terus pergi MARDI.

The only product yang nampak kat muka are Mary Lou Manizer and MAC Twig je. K.

Terus packing and pergi MARDI. Sementara tu the guys tangkap gambar amenda tah pepagi, gigih betul tau.

 Last gambar dekat our guesthouse.

MARDI Cameron Highland (Entrance fee RM3)
 Wajib pi makan ais krim strawberry sundae yang sedap ngat dah lah RM2,50 je satu lepastu sedap kalah McD. And then ada banyak bunga bunga, rasa nak bawak balik je bunga sebab cantik sangaaaaat.

Gambar dekat luar MARDI.

Lepas pergi MARDI, kitorang pun balik tapi naik bas from Cameron Highland-KL Sentral, RM35/sorang. Naik bas tak sampai 5 mins, terus tidur, bangun bangun dah sampai KL Sentral hahaha hardcore betul tapi at least boleh skip mabuk turun Cameron tu!

So thats all. Overall budget around RM250 je untuk dua orang, dua hari satu malam. Just a short getaway. Lastly, nah short video ni. Maafkan beginner baru belajar edit video k and jangan lupa tekan high resolution xoxo. Bye! Btw kalau nak baca blog Muja ha tekan sini k.