#MarwanXIman : Nikah di Masjid Wilayah

First step

My parents wanted the nikah ceremony to be held at Masjid Wilayah KL. So the first step that we did was, pergi Masjid Wilayah untuk book dewan nikah sekali dengan dewan makan so majlis nikah terus sambung dengan majlis kenduri, settle semua satu hari, satu tempat, tak payah hassle.

Nak book dewan, kena tiga bulan sebelum kahwin. Tak boleh awal. Since jarak decided nak kahwin and tarikh kahwin itself tu dekat, takdelah nervous nak book tempat enam bulan sebelum majlis ke apa. Masa pergi office Masjid Wilayah tu, tengah tengah bulan October 2014. Ingatkan boleh lah book untuk tarikh bulan January 2015 ke, tapi semua dah full. Bulan February 2015 belum bukak. Nak book bulan February 2015, kena datang office hari first bulan November 2014. Kena berebut!

Since 1st November 2014 jatuh hari Sabtu, hari Jumaat tu dah gigih, boleh tak, nak book awal ni. Tak boleh la of course! Ala penat je I gigih nak kahwin. Ok lah, hari Isnin tu, pagi pagi lagi, subuh subuh ni, dah pergi Masjid Wilayah, tunggu depan office sebab nak tunggu office bukak pukul 8 pagi. Hello nak kahwin, haruslah gigih! Nak jadi orang first ni book tarikh. Nak 21 February 2015, Sabtu, sebab tu je yang senang. Time cuti raya Cina, Khamis-Ahad. Long weekend.

Alhamdulillah, dapat jugak book tarikh yang nak tu. Time tu ada lagi orang lain nak book jugak, rasa macam competition pulak. So settle book dewan nikah and dewan untuk majlis kahwin.

Dewan Nikah Masjid Wilayah ni free of charge kalau nak guna. Jurunikah and saksi je kena bayar. Kena pakai jurunikah dekat situ. Saksi sendiri takpe.

Untuk harga dewan pulak, ada tiga jenis dewan:

  • Dewan Muslimat (muat 200 orang sekali seating), RM55/sejam
  • Dewan Muslimin (muat 400 orang sekali seating), RM135/sejam
  • Main Hall (muat 1000 orang sekali seating), RM350/sejam

Kitorang ambil Dewan Muslimin since jemputan bukan sekali duduk, orang datang dan pergi kan. Dewan Muslimat macam kecil sangat pulak, takut crowded. Catering kena ambil panel dekat situ. Ada list panel catering, so pilih je. Lagipun panel catering ni dah banyak pengalaman settlekan kenduri dekat masjid so takdelah risau sangat.



Second step

Lepas dah siap book venue, nak uruskan proses dokumen pulak. Alamat IC kitorang dua dua Selangor, so bila both of us dah dapat kebenaran kahwin dari kariah tempat tinggal masing masing, kena minta izin nak nikah luar daerah, nak nikah dekat KL.

So biasanya ni pihak perempuan yang uruskan. So I went to JAWI yang dekat dengan Masjid Negara tu untuk settlekan semua. Drive sendiri sensorang hashtag independent. Eh takdelah sensorang, of course mintak kawan teman hikhik.

Lama k tunggu dekat JAWI. Dari pagi sampai tengahhari. Dah lah tak breakfast lagi. Menangis lapar sambil tunggu turn nak dapat izin kahwin ni. Kena bawak dokumen kebenaran nikah luar negeri.


Ok settle pun! Ni lah kawan kite yang teman settle kan segala documents dekat JAWI. Panas panas sanggup jugak tangkap gambar. #girls

Simpan dokumen kebenaran kahwin tu baik baik. Lepastu nanti bagi Jurunikah yang nak nikahkan tu,

Third step

Jumpa jurunikah untuk confirmkan tarikh and masa nikah. And nak isi borang untuk sijil nikah. Time ni lah jurunikah saiko suruh mintak mas kahwin tinggi sikit, sebab mas kahwin ni hak perempuan, lepastu dia bagi tazkirah, mas kahwin ni lah yang kita nak buat kenangan so fikir baik baik. Tapi I tak terpengaruh pun sebab kitorang sendiri dah decide nak mas kahwin berapa kan. And kitorang mintak skrip akad nikah sebab nak practice hahaha sebenarnya Ayah yang mintak sebab nervous lah tu nak nikahkan anak sulung dia :p

Fourth step

Nikah!


Yang I tension ni, apesal takde sape pun bagitahu yang pengantin perempuan kena pegang mic and cakap ni. Kena baca keizinan untuk wali nikahkah. Terkejut sebenarnya sebab kena baca kuat kuat pakai mic.

The best thing about nikah kat sini sebab jurunikah best, kelakar and khutbah nikah kejap sangat. Tahu tahu je dah nak akad nikah.

Sekali lafaz dah settle nikah!

Make sure nak akad tu, sebut bebetul "Aku terima nikah (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin...." tu, part nikah tu, takde NYA. Orang selalu salah "Aku terima nikahNYA (nama pengantin perempuan) lepastu kena repeat lafaz. Takde NYA tau!

Our whole family, complete <333


Lepas dah settle nikah, tetamu terus pergi makan. Yang tak attend nikah pun terus pergi makan pukul 11 sebab dekat kad jemputan memang state 11 pagi sampai 4 petang.

Tak tukar baju, terus straight baju nikah yang sama tu, masuk dewan kat bawah masjid acah acah lalu red carpet.

Simple all white meja beradab. Ni termasuk dalam pakej catering.

Harga catering macam biasa range RM10-RM15 untuk normal menu kenduri kahwin. Takde tambahan apa apa. Kalau nak tambah tambah, tambah lah extra duit ye. 

Lagu background, kitorang memang taknak lagu kahwin lame lame, so kitorang buat playlist sendiri. Pihak masjid bagi lagu nasyid and music biasa je. Selain dari tu, tak boleh. Kfine. So lagu kitorang semua instrumental music or piano version. Lagu Mirrors, Justin Timberlake tu kitorang repeat setiap empat lagu, mesti wajib lagu Mirrors tapi piano version je lah :p


Dekat sini tak boleh pasang pelamin. Pihak masjid tak bagi. So no pelamin ok. Just kerusi je.

Lepastu Masjid Wilayah ni memang dah lawa sangat, nak buat photo shoot memang perfect! So satu hari, satu tempat, siap semua benda. Nikah, kenduri, gambar lawa.




In my opinion, nak buat majlis nikah and kenduri dekat Masjid Wilayah memang recommended sebab settle semua benda dalam satu hari. Penat sekali je. Jimat. Dewan aircond. Ample parking space untuk tetamu. Selesa. And sangat sangat bersyukur sebab parents yang sponsor semua benda. Almost semua benda. Totally grateful for that <3




Gambar kahwin semua from official photographer, Amirul Arif Photography

14 comments

  1. Salam..

    Tumpang tanya.. kalau nak booking dewan muslimin dr pukul 11pg sampai 4 ptg, pihak masjid akan kira 5 jam atau kene kira dr mula pihak katering set up dewan ( contoh pukul 9 pagi)?

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Tumpang tanya.. kalau nak booking dewan muslimin dr pukul 11pg sampai 4 ptg, pihak masjid akan kira 5 jam atau kene kira dr mula pihak katering set up dewan ( contoh pukul 9 pagi)?

    ReplyDelete
  3. As salam ..

    bole sy tahu panel catering mana yg awk pilih yea? and food dye ok x ?

    ReplyDelete
  4. Pihak masjid akan kira start dari set up dewan sampai habis majlis. So kalau set up pukul 9 pagi, majlis 11-4, kemas dewan sampai pukul 5 so kira pukul 9-5.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. kak iman cantik sangat. simple but nice!!!

    ReplyDelete
  7. Salam. Sesiapa yang ingin mengadakan majlis pernikahan di Masjid Wilayah Persektuan boleh juga hubungi nama di bawah

    Us Mohammad Ashraf Dato' Ibrahim
    Penolong Pendaftar (Jurunikah) Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    016 21 71 278 / 013 600 9233

    ReplyDelete
  8. Salam cik Iman,

    Akak nak reconfirm, yang iman kata nak booking dewan nikah kat masjid wilayah 3 bulan sebelum majlis tu, kena buat awal bulan ya? and sebelum pergi masjid wilayah, kita kena isikan apa2 borang dulu ke? or terus call number yg iman kasi ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. book dewan makan dan book dewan nikah. contoh kalau nak kahwin bulan april, 1 januari dah kena pergi masjid wilayah untuk book dewan. Make sure pergi awal pagi, sebab nanti kena amik nombor giliran. lepas amik nombor giliran nanti baru tunggu kena panggil and bagitahu nak tarikh bila. first come first serve basis. jadi datang awal terus beratur tau nak amik nombor. selalu memang ramai orang 1st hb tu..so jangan terkejut kalau datang pukul 9 tarikh yang nak tu dah fully booked. sebab ada orang yang datang awal siap subuh kat masjid tu. and lagi satu tak payah isi borang apa apa pun.nanti kat sana baru isi

      Delete
  9. Ustad tu tanye soalan tk kt pengatin lelaki...hehe

    ReplyDelete
  10. Ya Allah... Terima kasih sis atas share. Saya ingat saya sorg je cam kecewa tiba2 dewan dah penuh. So nak kawen!!
    Kena gigih!!

    ReplyDelete
  11. Salam sis, contoh lagu2 music biasa selain nasyid apa ye?

    ReplyDelete
  12. salam sis..nk tye mcm mana sis buat bayaran utk dewan masjid wilayah?melalui bank draftkan?mcm mana kita nk buat?atau just pegi mana2 bank dan atas nama spe dan bagaimana...terima kasih kerana membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti pihak masjid akan bagi details, lepastu pergi bank buat bank draft atas nama yg pihak masjid dah bagi tu. Then bagi bank draft tu dekat pihak masjid.

      Delete