Cameron Highland Trip 2015

Day 1

Bangun pagi pagi semangat nak pi Cameron ni, pukul 10 am janji tunggu dekat tangga besar UIA, tunggu Muja & Muadz pickup from Kuantan. Lepastu lalu PLUS, guna waze. Waze kata Exit dekat Sungkai, lepastu masuk PLUS balik, baru exit Tapah. Kalau straight Tapah, jam. Lepastu bergaduh dalam kereta, nak ikut waze exit Sungkai #TeamSungkai or nak straight je redah sampai Tapah #TeamTapah . I #TeamSungkai so menang 3 vs 2, so kena lalu Sungkai hahaha.

Yes, itu dia driver dan co driver kita!


Tol Damansara-Sungkai RM14.10. Lepastu masuk PLUS semula lalu Bidor, exit Tapah, so Bidor-Tapah tol RM2. Total tol RM16.10 sehala.

Dah exit Tapah, get ready jalan mabuk nak naik Cameron sepanjang 60km. Seriously mabuk rasa menyesal eksaited nak pi Cameron. Tapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak naik Cameron no patah balik.... *tidur*

Ladang Teh Boh, Brinchang (Free entrance)

Bukak je mata, eh dah sampai hahaha tak guna betul Iman. Took us around 3 jam setengah from Gombak to Cameron. First stop, Ladang Teh Boh. Jalan rasa tak berpijak di bumi yang nyata sebab baru bangun tidur and mabuk and lapar tak makan dari pagi. Lepastu emo woi kenapa takde siapa bagitahu nak naik ladang teh ni kena mendaki tinggi, penaaaat! Kenapa takde cable car??? K emo sensorang takde sape nak layan hahaha

"Sabar lah Sayang, Abang kan ada" ---> Realitinya tak cakap gini pun zzz

Nasib baik view cantik, boleh tangkap gambar bebanyak. 100 markah!

Lepas dah puas tangkap gambar, perut pun lapar cari makan, sebaik dekat Tanah Rata ada makanan panas, so order Nasi Ayam satu untuk alas perut.

Then check in dekat Fathers Guest House, best sebab dia macam rumah tapi ada bebanyak bilik so boleh pilih bilik mana, kitorang suami isteri ambil bilik yang toilet dekat dalam, RM120 satu malam and memang selesa and best sebab first time duduk guest house, so rasa wow bestnya rasa cam backpackers okays.

Our room.

Dekat luar ada tempat lepak siap boleh buat kopi and teh haa best kan

Living room boleh lepak kat sini

Big Red Strawberry Farm (Free entrance)


Motif utama dia, nak makan bebenda camni lah and tak mahal sangat pun. Range macam RM6-RM7 camtu je rasanya. 

Lavender Farm (Entrance fee RM6)

Pergi ni nak dekat maghrib. Katanya ada drama dalam kereta tapi biasalah I tidur je sepanjang perjalanan hahaha bukak mata je eh dah sampai hmm okay tapi lighting tak best aaaa sebab dah gelap so gambar tak cantikkkk

Brinchang Night Market

Ni paling best sebab banyak strawberry and makanan sesedap, LOVE. 

Ais krim strawberry wajib ok. RM1 satu.

Balik guesthouse, lepak dekat meja makan sambil gegossip pastu tidur!

Day 2

Bangun pagi pagi, pastu suruh the guys lepak la korang, girls nak buat benda penting which is, MAKEUP. Menuntut ilmu makeup dengan Muja jap, sesiap, and terus pergi MARDI.

The only product yang nampak kat muka are Mary Lou Manizer and MAC Twig je. K.

Terus packing and pergi MARDI. Sementara tu the guys tangkap gambar amenda tah pepagi, gigih betul tau.

 Last gambar dekat our guesthouse.

MARDI Cameron Highland (Entrance fee RM3)
 Wajib pi makan ais krim strawberry sundae yang sedap ngat dah lah RM2,50 je satu lepastu sedap kalah McD. And then ada banyak bunga bunga, rasa nak bawak balik je bunga sebab cantik sangaaaaat.

Gambar dekat luar MARDI.

Lepas pergi MARDI, kitorang pun balik tapi naik bas from Cameron Highland-KL Sentral, RM35/sorang. Naik bas tak sampai 5 mins, terus tidur, bangun bangun dah sampai KL Sentral hahaha hardcore betul tapi at least boleh skip mabuk turun Cameron tu!

So thats all. Overall budget around RM250 je untuk dua orang, dua hari satu malam. Just a short getaway. Lastly, nah short video ni. Maafkan beginner baru belajar edit video k and jangan lupa tekan high resolution xoxo. Bye! Btw kalau nak baca blog Muja ha tekan sini k.


My Essence Haul


I am totally in love with Essence! First, sebab dia murah. Like reaaaally murah! Secondly, walaupun dia murah, but the quality is good! Ni sebenarnya dah beli last month lagi. Semua beli dalam masa sehari ha amek kau. Essence ni dekat Watsons je tau, Guardian takde.

1. I Love Extreme Crazy Volume Mascara (RM16.90)
Love it! (Yelah sebab dia warna pink kann..) Tapi kadang kadang dia clumping but okay lah for beginner like me. Cuma kena curl kan dulu eyelashes before applying this, or not, nanti eyelashes jatuh sebab berat (?)

2. Eyeliner Pen Waterproof (RM16.90)
Better than Catrice's. Okay je lah.

3. Silky Touch Blush (RM15.90)
Dia ada enam shades tapi I beli dua je, one is Adorable and the other one is Summer Dreaming.

4. Soo Glow! Cream To Powder Highlighter in 20 Bright Up Your Life (RM16.90)
The texture is creamy tapi bila letak dekat muka, dia nampak macam powder. Malas nak pakai sebab dia tak lekat kalau pakai brush, so kena pakai dengan jari, pastu malas. Tapi untuk cheap highlighter, it works lah.

Pinjam tangan suami nak buat swatches (thanks baby hahaha)

5. Long Lasting Lip Liner (RM8.90)
Dah ada warna gelap so beli natural one, code 05 Lovely Frappucino and 07 Plum Cake. I wanted to buy the Satin Mauve one (the one people have been raving about) tapi ya rabbi semua Watsons dah out of stock! So yang paling dekat dengan Satin Mauve is Plum Cake. I love both of the colours!

6. Long Lasting Lipstick (RM13.90)

I love the lipsticks sebab murah and warna cantik cantik! The texture is creamy. 

Semua lipstick yang penting. Red, pink and natural. I personally love Natural Beauty. Its my everyday lipstick to class!

The swatches, cam biasa pinjam tangan suami hehehe


I'm wearing I Love Extreme Mascara (tapi tak nampak pun dalam gambar zzz) and the Long Lasting Lipstick in 07 Natural Beauty.


November

November 2013

Semuanya bermula bila I dengan kawan kawan decided untuk join tournament futsal yang organized by Engineering Sports Carnival 2013 dekat UIA. Masa tu baru first year degree.


Walaupun tak pernah main futsal, so mestilah tak pandai, kitorang tetap gigih sebagai wakil first year students (and mestilah kalah hahaha) (but its okay, at least ada pengalaman). So the day sebelum match, acah acah nak practice futsal lah kononnya. Tapi takde bola futsal. So malam tu jugak, mencari lah bola futsal and I tweeted "Siapa ada bola futsal, NAK PINJAMMM".

So there is this one guy, who followed each other on twitter, sebab macam budak UIA jugak sama batch so macam ok lah whatever, and we did interact, macam he replied my tweets tapi apa apa je lah, layan sama je macam orang lain. Okay so this guy, he replied to my tweet, "Aku ada bola futsal". So macam yeah okay pergi lah pinjam kejap, dm number jap sebab nak pinjam bola tapi lastly my friend yang settle kan hal pinjam bola tu.

After dah habis acah acah training tu, since I yang pegang bola tu sebab apa entah lupa dah, so I whatsapp him, "Bola kau ada dekat aku tau".  Esoknya pergi pulangkan. Thats it. 

Esoknya, that guy instagram gambar ni. Hmmmmmmm. Apasal tiba tiba.... (Nervous) (Perasan kejap tapi layan je lah)


And we talked and the rest was history......

November 2014

Nak kahwin tapi tak dapat. Tapi pujuk pujuk jugak at least kenalkan lah familyyy. His family datang rumah, niat nak kenal kenal family. Tapi jangan harap lah boleh kahwin, baru second year degree. Tapi takpe, kita kenal kenal duluuuu. And the drama nak kahwin begins...


Dia instagram gambar Wafaa (his sister) tengah main with my cat at my house masa his family datang. (Tapi kucing ni dah mati) (sedihhh)

And we didnt tell anyone pasal family dah jumpa jumpa ni. Yelah, dah lah sedih tak boleh kahwin, pastu dua dua memendam je lah perasaan...

November 2014

Lepas segala drama air mata, air hingus, berbaldi baldi (amboi drama betul) sebab nak kahwin tapi tak dapat dapat, ok lah ok lah, kahwin je lah! Lagipun dah third year degree. So 8th November 2014, his family datang rumah macam visit biasa je, tapi kali ni bawak cincin so kira bertunang lah? Nothing fancy. Just both of our parents bincang, lepas tu his mom sarung cincin. And cop tarikh nikah. Done! 


Just bagitahu kawan rapat je like, yay we're engaged tapi seriously kawan yang rapat sahaja, and tak announce dekat mana mana pasal tunang, tetiba je 40 days before the nikah, baru upload gambar dekat instagram hahaha nampak cam "eh tetiba nya kahwin?" padahal drama k, drama. Drama bertahun lamanya!!

November 2015


Dah nak dekat 9 bulan dah kahwin with this guy!!!! So, November will always be one of our fav month <3

#MarwanXIman :My Wedding Planner File

I only had less than four months to plan my wedding. So the first thing I did was, to make a planner. Barulah feeling kahwin padahal bukan jenis organized sangat tapi saja nak dapatkan feel kahwin so perlulah ada planner, nanti orang tanya, boleh jawab, "Kejap tau, I need to check my planner first" #gitu


Just a normal A4 pink ring binder. Yang tepi tu macam arrow tampal dekat masjid just in case orang sesat. Buat dekat microsoft word, print atas kertas A4 warna pink. #jimat



Inside the planner, there's a cover page which I designed myself using photoshop. (Belajar last minute) (Mestilah warna pink) And tepi tu I made pockets pakai plastik untuk selit cards or list of things to do.

The wedding cards. The purple one tu sebenarnya buat last minute like less than two months before wedding sebab the plan was nak print card sendiri je (hashtag jimat) but my parents want proper card nak bagi dekat their friends so ada lah card design cam purple tu. The akad nikah card was designed by us using photoshop, lepastu print dekat kedai, gunting satu satu and bagi dekat tetamu akad nikah. The purple one untuk tetamu kenduri. 


Our actual wedding card that was designed by us (YANG PENTING PETA TU DESIGN SENDIRI SATU SATU FROM SCRATCH, TOOK ME THREE DAYS OK), planning nak print sendiri, gunting sendiri etc etc tapi di reject hahaha but still guna this design untuk invite kawan kawan through whatsapp / facebook. (Jap kenapa tetiba masuk part kad ni, rasa cam tadi cerita pasal file)


Ok, the file. I divided it into a few parts which are, to do list, guest list, task list, nikah, reception, misc.

So in the to do list, ada list of things to by November 2014 (3 months before the wedding), 2 months before, a months before, all the checklists of things yang kena buat. List ni boleh cari online je, google. Or download template. My mum ada printkan "Buku Gerak Kerja Bagi Bakal Pengantin Malaysia" so macam berguna jugak. My things to do was,

3 months before the wedding
  • Book dewan nikah & kenduri
  • Buat list hantaran, beli barang hantaran & beli dulang hantaran
  • Fikir doorgift (Tetamu akad nikah, tetamu kenduri, tetamu budak budak)
  • HIV test
  • Settle borang kebenaran nikah
  • Food tasting & book catering
  • Cari baju nikah
2 months before the wedding
  • Design kad kahwin
  • Order bunting, banner, badge, sticker etc etc
  • Beli barang untuk bilik pengantin
  • Make sure baju nikah siap
  • Cari photographer
1 month before the wedding
  • Siapkan doorgift
  • Siapkan hantaran
  • Buat aturcara majlis


Dalam planner tu penuh conteng conteng bersepah sepah planning macam macam. Contohnya nak plan doorgift. Satu satu kena tulis sebab takut ada benda yang tertinggal. 


Ayah's list of things to do untuk settle kan borang nikah. I did one for my husband (time tu tunang) so that dia nampak apa yang kena buat. Kalau tak push, tak buat. Kena push buat cecepat baru jalan zzzz


Sticker and badge ni my sister yang design and settlekan. Semua orang pakai badge sebab mengada. This badge only cost us RM1/each. Printing banner, card apa semua, buat dekat Achik Printing Melawati sebab dia siap cepat. Bunting kahwin RM15 je satu (design sendiri), siap dalam masa 24 jam!

Dalam planner ni jugak, semua documents untuk nikah, surat surat book dewan, semua simpan dalam file ni so that senang nak rujuk just in case ada apa apa. Bawak merata rata k file ni. Even my friends pun sibuk sibuk conteng conteng dalam file ni nak tolong planning jugak.

Personally I think planner ni penting so that nampak semua kerja yang kena buat, takde gelabah last minute and paling penting, feeling lah sikit nak kahwin. The best part of the wedding mestilah part nak planning!! (Padahal Ummi yang banyak planning) (Suka tau acah acah ni) (Boleh lah tunjuk kat anak cucu nanti, at least ada file) (Rindunya plan wedding!!!)

Catrice Cosmetics Haul


So today I dragged my husband to Guardian sebab nak beli Catrice. The main reason mestilah sebab Catrice is much more affordable, and lagipun bila ajak pergi Sephora, my husband was like, "NO!" (Eh tak, sebab utama dia, terpengaruh dengan twtmakeup je sebenarnya...)

Guardian ada 10% discount untuk produk Catrice so terus cam bersinar mata dekat situ. I only spent RM70 lepastu dapat voucher and I spend another RM5. Yay! Sama cam harga satu lipstick MAC ok.



Catrice Absolute Rose Eyeshadow Palette (NP: RM26.90)
Tapi harga beli RM24.21 sebab 10% discount. With its price, totally love it. Sebab takde lagi warna pink mauve kind of eyeshadow. I only have the brown, nudes colours so this one is totally needed! It is quite pigmented, and I will absolutely repurchase! Tapi honestly I dont like the brush..


Catrice Sun Glow Matt Bronzing Powder (NP: RM21.90)
I bought this one in darker skin for only RM19.71. Ada satu lagi in medium skin but I choose this one so I can use this for contouring. Well the main reason for contouring is to enhance your features and the function of bronzer is to make your skin more sun-kissed look. And most of the beauty-gurus totally said that bronzer is a no no for contouring because it will make your skin more orange-ish? So Im still figuring it out.


Catrice Long Lasting Lip Pencil (NP: RM11.90)
In 030 Berryson Ford. Bought it for only RM10.71. I love the colour but it doesnt suit for my daily use. Im the natural-lipstick kind of girl *insert nail polish emoji*

Catrice Eyeliner Waterproof Pen (NP: 17.90)
Totally love this eyeliner! Easy to apply and control. Untuk harga RM16.11, memang worth it.


Catrice Absolute Eye Colour
This one beli sebab I got the RM5 voucher if you spend more than RM10 so terus ambil this mono eyeshadow in 560 I Like To Mauve It. Harga dia RM11.13 so bayar RM6.11 for this eyeshadow. Sebenarnya konfius nak 570 Plum Up The Jam or this on but rasa macam warna 570 dah ada dalam Absolute Rose so I took this one.


Catrice Allround Concealer (NP: RM18.90)
This is like one of the most famous drugstore concealer. (Hashtag mudah terpengaruh) This one dah beli lama dah, thats why rupa dia camtu. The green one is suppose to cover any red spots and the salmon one, I used to cover the dark circles and it kinda works. Almost. 

As a student with no income, Catrice is probably one of my fav drugstore brand because of its wide variety. Tu pun my husband dah bising, esok pagi kena teman dia pergi jogging sebab dah beli makeup bebanyak hmmmm #PrayForIman 

Life with Wafaa.

It was just a normal weekend for my husband and I at the in laws. My Ayah in law bought Wafaa a kinder bueno.

I was just chilling, tiba tiba dengar my husband and Wafaa bergaduh berebut that kinder bueno. (Macam budak budak, I knoww)

Lepastu Wafaa jerit, "Bagi balik sudu Wafaaaa!"

Kak Iman pun datang, acah acah penyelamat. "Baby, bagi lah balik sudu Wafaa. Awak sorok kan?"

"Mana ada."

Okay taknak mengaku. Takpe. Wafaa cakap memang ada bawah badan my husband, dia sorok sebab taknak bagi Wafaa.

"Baby, sumpah lillah wallah tak ambil sudu Wafaa?"

"Sumpah!"

Okay fine nak buat camne. So I told Wafaa, "Nak buat camne Wafaa, memang tak ada lah. Pasrah je lah..."

Suddenly tetiba memang betul, sudu tu ada bawah badan my husband.... Dia kata dia tak ambil, tak sorok, dia just tindih je, Fine....

And then my Ummi in law mintak tolong pergi pasar. On the way pergi pasar, berebut lagi kinder bueno.

Wafaa cakap, "Wafaa bagi Abang Ahmad, tapi janji jangan tipu Kak Iman dah. Okay?"

((Okay Kak Iman memang selalu muka kena tipu ke, okay..))

Lepastu Wafaa sambung, "Jangan makan bulat dia, makan sikit je"

I know my husband will eat all the kinder bueno and Wafaa of course lepastu akan mengamuk lagi so I told Wafaa, "Wafaa, suruh je Abang Ahmad beli sendiri, Wafaa jangan lah bagi dia."

And then Wafaa told my husband, "Aah, Abang Ahmad beli lah sendiri. Abang Ahmad kan ada duit sendiri. Wafaa share dengan Kak Iman je sebab Kak Iman miskin takde duit"


((Mmmmmmmm, okay. Kak Iman miskin.....))



Wafaa and her kinder bueno.


Helleh last last share jugak. Penat haku layan dua beradik ni tau. Hahaha

First Aidil Fitri and Aidil Adha as husband and wife ♥

Raya Aidil Fitri 2015 was my first raya as a wife, and my first raya without my family. Few days sebelum raya tu, suami dah sibuk nyanyi lagu raya touching touching nak suruh nangis.

Kfine baby, fine.


So our first Raya kitorang dekat Terengganu. Pagi raya, siap siap, jalan kaki pergi surau sama sama. Lepastu bila balik, suami kata sunat balik lalu jalan lain. I was like, kayyy, nak kena lalu jalan jauh ke camne. Rupanya just lintas jalan je, asalkan laluan tu berlainan hahaha k baru tahu 

First raya Aidil Fitri together.

Biasalah malam raya nangis, pagi raya nangis, tengah mandi nangis, hahaha drama sangat tapi bukan sebab tak happy ke apa. Saja lah feeling nak nangis tu sebab first time kans. Sabar je lah dapat isteri bipolar kejap happy kejap nangis.



My family whatsapp gambar raya lepastu mintak gambar kitorang...

Asalnya gambar macam ni....

Lepastu edit jadi macamni... Pun boleh lah korang


Anyways it was fun raya dekat kampung suami. Boleh kenal family dengan lebih rapat, jenjalan Terengganu sebab pernah pergi sekali je, best lah!

Adik beradik suami. My in laws.

Pantai Batu Buruk belakang rumah. Setiap hari jalan kaki lepak pantai. Bestttt.


And everyone in Terengganu was nice, masak sama sama, main bunga api, yang paling penting DAPAT DUIT RAYA WOIH DAH KAHWIN PUN DAPAT DUIT RAYA OKAYSSSSS AND LAGI BANYAK DARI BUDAK BUDAK TAK KAHWIN LAGI 

Anddddd, because raya Aidil Fitri dah raya belah suami, raya Aidil Adha mestilah with my family. Kamonnn, kita kena bergilir gilir. Nangis sekarang!! Kemain seronok haritu tengok orang nangis, kali ni kita tengok siapa yang nangis hahahaha

First raya Aidil Adha as husband and wife. (KANTOI BAJU REPEAT)

Sedih sangat suami update instagram caption "Raya di perantauan" elleh perantauan sangat. *bagi tissue* 


Malam raya bakar bbq luar rumah.

Ok, survived! Next giliran, raya Aidil Fitri with my family pulak next year. Ikut giliran dia camtu lah. Tapi nanti kalau ada orang tu tetiba rasa nak balik kampung dia, kita tengok camne. Nak kena hafal giliran ni sebab nanti kang bergaduh raya belah mana hahaha AMBOI camtu rupanya rasa bergaduh nak balik kampung belah mana ye, selama ni tengok drama je.

Kitorang buat giliran raya ni since sebelum kahwin lagi hahaha biasalah lelaki suka guna kuasa veto dia, "Kalau awak nak kahwin dengan kite, raya first raya belah kite k?" Elleh padahal dia yang nak kahwin dengan orang, dia pulak yang buat rules hahaha

ok bye!

Langkawi Trip : Itinerary & Budget

Harga tiket beli 6 bulan sebelum trip, RM38 sorang, pergi balik. (Kena rajin cari offer Air Asia)
Ambil pakej RM99/sorang untuk 3H2M tapi tambah RM50 untuk 4H3M. Pakej termasuk hotel, kereta sewa and island hopping. Boleh search dekat facebook, Century Rest Inn.

DAY 1
12.40pm: Boarding form KLIA2
1.45pm: Sampai Langkawi, airport transfer (RM35)
3.00pm: Check in hotel, unpack barang, rehat, makan
4.00pm: Naik cable car


RM20 sorang. Sila tunjuk IC.

Malam: Lepak Chenang cari makan.

DAY 2
8.30am: Pergi Kilim Mangrove Tour. (RM60/sorang) ni ikut harga pakej yang hotel offer, kitorang terima je. Asal asal harga RM80 tapi mintak kurang sikit.

Dalam pakej ni, visit Bat Cave, Crocodile Cave, Eagle Watching, Fish Feeding (best sebab bagi ikan pari makan, video ada dekat instagram), trip to Andaman Sea.

Bat Cave. Gelap! Kitorang taknak sewa lampu so pakai lampu handphone je.




Sejam mandi dekat Andaman Sea.

1.00pm: Balik hotel, cari lunch, rehat.
4.00pm: Keluar pergi Chenang, makan Laksa Ikan Sekoq.


5.00pm: Parasailing! (RM60/sorang)

Confident naik berdua taknak ada guide. Nak naik sensorang pun boleh, ada abang guide jaga kat belakang. 

Malam: Sewa motor, pusing Chenang sebab bawak kereta susah nak stop stop, parking pun susah tepi pantai.

Sewa motor sejam je, RM5. Nak sehari pun boleh. Rasanya RM16/sehari. Cari je along the road dekat Chenang.

Dinner dekat Restoran Haji Ramli. Total semua ni RM72. Best!


DAY 3
8.30am: Island hopping! Pergi Pantai Beras Basah & Tasik Dayang Bunting. Ni termasuk dengan pakej hotel & kereta so takpayah bayar dah.

Naik boat ramai ramai.

Pantai Beras Basah.

Kayak dekat Tasik Bunting. RM40 sekali kayak.

Life jacket sewa RM5/sorang. Nak masuk tasik Dayang Bunting kena bayar RM2/sorang. Seronok main kat sini sebab boleh lari dari platform and terjun masuk tasik. (Video dekat instagram)

Petang: Pergi MARDI makan buah.

Masuk sorang RM7. Sila tunjuk IC.

Sebab bukan musim buah sangat, ada buah buah biasa jeeee. Ni buffet. Makan lah sampai puas!

Malam: Lepak Chenang, makan street food, and singgah makan dekat EE Burger.

DAY 4
Pagi: Shopping chocolates.

Gambar wajib kalau pergi Langkawi. Gambar dekat Dataran Lang!

2.00pm: Airport transfer. (RM30)
3.20pm: Flight balik KL. Bye Langkawi!

P/S:
Aktiviti lain dekat Langkawi, ada jetski sewa RM120 untuk 30mins, ada banana boat RM30/sorang.
Boleh jugak pergi Pulau Payar untuk snorkeling, around RM130/sorang.
Total spending: Tak sampai RM380 tak termasuk makan.
Kuah (hotel kitorang) dengan Chenang around 30 mins drive.

 "What happens in Langkawi stays in Langkawi". We had so much fun in Langkawi! Bila spend time travel dengan orang yang best, mestilah the whole journey jadi best!! xxx